• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 390 Duke (2024) dengan Quickshifter, ABS Lancar di India, Harga RM17.5k!

KTM 390 Duke (2024) dengan Quickshifter, ABS Lancar di India, Harga RM17.5k!

September 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM melancarkan naked bike terbaharu KTM 390 Duke (2024) di India pada harga 311,000 rupee (RM17,540), naik 13,000 rupee (RM730) berbanding model terdahulu.

Tempahan KTM 390 Duke (2024) baharu ini boleh dibuat menerusi laman web dan rangkaian pengedar rasmi dengan deposit tempahan 4,499 rupee (RM250) dan kiriman dijangka dibuat dalam masa terdekat.

KTM 390 Duke 2024 - 2
KTM 390 Duke 2024 - 1

Ada dua warna pilihan: Atlantic Blue (biru) dan Electronic Orange Metallic (jingga).

Streetbike baharu ini menerima banyak penambahbaikan dari aspek gaya dan prestasi. Perubahan dibuat membabitkan lampu utama LED baharu dengan lampu siang (DRL) yang lebih menyerlah, dan panel pada tangki minyak yang memberikan lebih profil agresif.

KTM 390 Duke 2024 - 13
KTM 390 Duke 2024 - 15

Bentuk tangki minyak juga menerima perubahan untuk nampak lebih maskular berbanding model generasi terdahulu. Pelana jenis jenis terpisah antara penumpang dan penunggang, manakala subfrem dibiarkan terdedah. Secara am, KTM 390 Duke (2024) nampak lebih besar berbanding model 2023.

Model ini dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 399cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 44.25hp dan tork 39Nm, manakala kotak gear jenis manual 6-kelajuan yang disertakan ciri klac antigelincir dan quickshifter.

KTM juga menambah ciri bantuan penunggang seperti Kawalan Luncur, tiga mod tunggang: (Street, Rain dan Track), dan panel meter TFT 5 inci dengan konektiviti telefon pintar untuk fungsi navigasi arah-ke-arah (turn-by-turn), panggilan telefon dan kawalan muzik.

Menggunakan frem trellis keluli dengan suspensi fork terbalik (USD) 33mm boleh laras redaman dan mampatan di depan, dan monoshock boleh laras prabeban dan redaman di belakang.

Sistem brek cakera tunggal 320mm (depan) dan cakera tunggal 240mm (belakang) yang dibekalkan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, ABS Belok dan Supermoto ABS. Rim aloi 17 inci dibalut tayar Michelin.

BACA>>> KTM 390 Duke (2021) Lancar untuk Pasaran Eropah, Harga RM26k

KTM 390 Duke 2024 - 1
KTM 390 Duke 2024 - 2
KTM 390 Duke 2024 - 5
KTM 390 Duke 2024 - 4
KTM 390 Duke 2024 - 3
KTM 390 Duke 2024 - 8
KTM 390 Duke 2024 - 11
KTM 390 Duke 2024 - 13
KTM 390 Duke 2024 - 15
KTM 390 Duke 2024 - 16
KTM 390 Duke 2024 - 18
KTM 390 Duke 2024 - 17
KTM 390 Duke 2024 - 9
KTM 390 Duke 2024 - 10
KTM 390 Duke 2024 - 7
KTM 390 Duke 2024 - 6

SUMBER: BikeWale

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM 390 Duke (2024), KTM India, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev