• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Individu Rentung dalam Kereta Terbakar di Rawang Disahkan Suami Isteri

Dua Individu Rentung dalam Kereta Terbakar di Rawang Disahkan Suami Isteri

September 8, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA individu rentung dalam kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, Selangor pagi semalam disahkan sebagai pasangan suami isteri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua mangsa ialah warga tempatan yang masing-masing berumur 26 dan 23 tahun.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 4.30 pagi semalam.

Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City dinaiki pasangan itu dari arah Bandar Country Homes menghala ke Rawang hilang kawalan.

"Ia kemudian memasuki arah bertentangan lalu merempuh sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Noor Ariffin berkata, pasangan itu gagal diselamatkan daripada kebakaran, manakala pemandu lori berjaya menyelamatkan dirinya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasangan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-755 7556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2222,” katanya.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Kemalangan Rawang, Kereta Terbakar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my