• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / ETCM Perkenal Dua Varian Nissan Navara Black Edition (2023), Harga Mula RM134k!

ETCM Perkenal Dua Varian Nissan Navara Black Edition (2023), Harga Mula RM134k!

September 8, 2023 By Shawkath Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) meluaskan pilihan trak pikap menerusi pengenalan Nissan Navara Black Edition (2023) membabitkan dua varian sedia ada, VL dan V, yang hadir dengan tambahan gaya dan aksesori premium.

Perubahan gaya itu meminjam konsep varian PRO-4X seperti  pemasangan gril dan cermin sisi dan fender hitam. Varian V mendapat rim aloi 17 inci hitam, manakala varian VL kekal rim 18 inci hitam.

HARGA

Nissan Navara Black Edition VL
Nissan Navara Black Edition V
  • Nissan Navara Black Edition varian V ditawarkan pada harga RM134,800, manakala VL boleh dimiliki pada harga RM146,900.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata;

Kami berusaha menceriakan pelanggan, justeru saya berbangga melancarkan Nissan Navara Black Edition baharu yang menggabungkan petunjuk visual perdana PRO-4X pada varian popular VL dan V.

"Ia juga dilengkapi aksesori premium demi saranan nilai yang tiada tanding dalam segmen trak pikap.”

Kedua-dua varian trak pikap itu dipacu enjin diesel 4-silinder turbo Common Rail Turbo-Diesel, menawarkan output kuasa 187hp dengan tork 450Nm, manakala sistem transmisi automatik 7-kelajuan dengan mod Manual dan sistem pacuan jenis empat roda (4WD).

TAMBAHAN LAIN

  • Nissan Navara varian VL didatangkan bersama aksesori bawah Pakej Perlindungan seperti pelindung tangki bahan api, pelindung takung minyak, plat pemijak kaki, perakam video pemanduan, visor pintu dan filem sekuriti V-KOOL.
  • Varian V menerima Pakej Premium, iaitu kerusi dibalut material kulit campuran, dan filem sekuriti V-KOOL.

Dua varian baharu itu kini ada di bilik pameran rasmi Nissan seluruh negara. ETCM juga menawarkan tawaran Aksesori Edisi Hitam secara percuma, kad minyak bernilai RM800 dan tawaran tukar beli kepada pelanggan yang membeli serta mendaftar Nissan Navara Black Edition (2023) baharu bulan ini.

Nissan Navara Black Edition VL
Nissan Navara Black Edition V

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Christopher Tan, Nissan Navara Black Edition, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my