SUZUKI Italia memperkenalkan produk edisi terhad Kevin Schwantz Edition untuk model sportbike middleweight, Suzuki GSX-8S, hatchback Suzuki Swift Sport Hybrid dan enjin bot sangkut DF200AP pada 2 September lalu.
Setiap produk Suzuki itu mewakili motosikal, kereta dan marin yang dikeluarkan Suzuki Italia lima unit saja setiap satu.
Suzuki GSX-8S Kevin Schwantz Limited Edition (2023) dijual pada harga €11,490 (RM57,605), termasuk cukai dan pendaftaran. Buat masa ini, sudah dua unit terjual.
Tempahan tiga produk itu sudah mula dibuka sejak 4 September lalu dengan deposit pendahuluan €500 (RM2,510). Proses pembelian mesti diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas deposit dibuat. Jika tidak selesai dalam tempoh itu, deposit akan dikembalikan.
Berikut spesifikasi model tersebut:
- Enjin 4-lejang dwi-silinder 776cc Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI)berkuasa 83hp dan tork 78Nm @ 6,800rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) KYB di depan dam monoshock KYB di belakang.
- Brek cakera kembar di depan dan cakera tunggal di belakang.
- Rim 17 inci dengan tayar tiubles 120/70 di depan dan 180/55 (depan).
- Tinggi pelana 810mm. Berat 202kg. Jarak tinggi bumi 145mm.
- Kapasiti tangki minyak 14 liter.
Selain itu, Suzuki GSX-8S Kevin Schwantz Limited Edition itu mendapat unit pelana tunggal dengan kowl belakang yang dipasang standard untuk meniru ciri monoposto jentera lumba Schwantz.
Produk Suzuki edisi khas dan terhad itu boleh ditempah menerusi laman web Suzuki Italia dan tidak ditawarkan melalui pengedar biasa.
Ketiga-tiga produk berkenaan menampilkan liveri putih dan merah serta nombor #34 seperti terdapat pada jentera lumba Suzuki RGV500 dalam Kejuaraan Grand Prix (GP) yang dimenangi Schwantz pada 1993.
Semua produk Suzuki edisi khas itu akan ditandatangani Schwantz sendiri dan turut diberikan sijil ketulenan.
BACA >>> Suzuki Malaysia Perkenal Warna Baharu Raider R150Fi (2023), Harga RM8,838!
BACA >>> Suzuki GSX-8S SERT Edition (2023) Lancar di Perancis
SUMBER: RideApart
Leave a Reply