KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menerima 1,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak ] dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 24 Ogos lalu.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, aplikasi aduan berkaitan kerosakan jalan raya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, tetapi sebahagian besar aduan tersebut bukan melibatkan jalan milik atau di bawah penyelenggaraan KKR.
KKR tetap membantu menyalurkan aduan tersebut kepada pemilik jalan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), negeri dan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa yang dibina di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah),” katanya.
Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Padang Besar di Padang Besar, Perlis, semalam.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan (KKM) Zairi Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya-Sektor Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Badioezaman Ab Khalik dan Pengarah JKR Perlis Mohd Shahril Mohd Said.
Abdul Rahman berkata, tidak dinafikan ramai menuding jari kepada JKR apabila berlaku kerosakan jalan raya seperti kontraktor menebuk jalan bagi membaiki kerosakan paip, sedangkan berlaku bukan di jalan milik atau di bawah penyelenggaraan JKR.
Jadi saya minta pihak terlibat segera membaiki jalan tersebut supaya tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.
KKR sebelum ini melancarkan kempen MYJalan yang merangkumi sistem aduan bagi menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kerosakan jalan raya.
SUMBER: Bernama
Leave a Reply