• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Serah Kraftangan Unik Sebagai Tanda Sokongan Sukan Asia ke-19

Proton Serah Kraftangan Unik Sebagai Tanda Sokongan Sukan Asia ke-19

September 5, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON menyampaikan sejumlah kraftangan budaya Malaysia kepada atlet negara yang akan menyertai Sukan Asia ke-19 yang dijadualkan berlangsung di China bermula 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Hadiah itu akan dibawa ke Muzium Sukan Asia di Hangzhou sebagai tanda sokongan terhadap perpaduan, semangat kesukanan dan budaya Malaysia.

Proton Sukan Asia ke-19 - 4
Proton Sukan Asia ke-19 - 3

Kraftangan itu merangkumi rantai pinokol manik dari Sabah, sape (Sarawak), kain sarung tenun (Pahang), kebaya nyonya (Melaka) dan labu sayong (Perak).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut hadir ke majlis tersebut bersama beberapa individu penting dalam bidang sukan dan barisan pengurusan tertinggi Proton (senarai nama di bawah).

Semua kraftangan unik itu dikumpul menerusi inisiatif Sukan Asia Proton Nation Drive bermula di Sabah, Sarawak, Melaka, Pahang dan Perak.

Setiap negeri, ahli konvoi menerima hadiah kraftangan itu daripada atlet sukan tempatan termasuk Farrell Glenn Felix Jurus (lompat tinggi), Patronella Lisong (pelari pecut), Daeloniel McDelon (peninju) dan bekas bintang hoki negara, Datuk
Mirnawan Nawawi serta legenda trek, Josephine Mary dan Samson Vallabouy.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;

Memandangkan Geely adalah salah satu penaja Sukan Asia ke-19, penglibatan Proton bukan saja sebahagian usaha kami menyokong atlet negara yang bertanding di temasya itu, tetapi juga kerja yang dilakukan rakan usahasama kami.

“Kontinjen Malaysia bukan saja akan bersaing hebat untuk menang, tetapi mereka juga duta negara, maka wajarlah mereka mempersembah kraftangan dari Malaysia kepada Muzium Sukan Asia di Hangzhou.

“Penglibatan Proton dalam acara sukan adalah simbolik terhadap usaha kami meningkatkan kualiti dan kecemerlangan dalam produk. Usaha atlet untuk berlatih dan mencapai prestasi puncak mencerminkan proses kami memastikan kenderaan dihantar kepada pelanggan dihargai memenuhi piawaian tertinggi.

"Syarikat berterima kasih atas peluang diberikan untuk menyumbang kepada acara sukan yang begitu penting.”

Berikut senarai tetamu dan atlet yang hadir pada majlis tersebut:

  • Datuk Mirnawan Nawawi -  Pengurus pasukan hoki lelaki
  • Datuk Chong Kim Fatt -  Ketua Kontinjen dan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia
  • Khairul Hafiz Jantan - Jaguh pecut 100m negara
  • Rachel Arnold - Pemain skuasy negara
  • Nurmaizatul Hanim Syafi - Pemain wanita hoki negara
  • Siti Zulaikha - Pemain wanita hoki negara
  • Hannah Yeoh - Menteri Belia dan Sukan
  • Dr Li Chunrong - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton
  • Roslan Abdullah - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton
  • Yusri Yusuf -  Pengarah Kanan Strategi Korporat Proton
  • Datuk Ahmad Shapawi Ismail - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN)
Proton Sukan Asia ke-19 - 8
Proton Sukan Asia ke-19 - 7
Proton Sukan Asia ke-19 - 6
Proton Sukan Asia ke-19 - 5
Proton Sukan Asia ke-19 - 1
Proton Sukan Asia ke-19 - 2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Muzium Sukan Asia, Proton, Sukan Asia ke-19, Sukan Asia Proton Nation Drive

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev