SUBSIDIARI Chery International, Omoda & Jaecoo International Co merancang memohon manfaat Badan Pelaburan (BoI) Thailand untuk membina kilang kenderaan elektrik (EV) di negara itu.
Pengarah Omoda & Jaecoo International Co di Thailand, Qi Jie berkata, pelan perniagaan dan pelaburan akan dimuktamadkan beberapa bulan lagi.
Sebagai makluman, Chery adalah antara 10 pengeluar kenderaan teratas di China. Beliau berkata;
Syarikat akan melancarkan dua jenama EV, Omoda dan Jaecoo di Thailand dengan menjangka penerimaan baik daripada kalangan pengguna Thailand.
Pelan pelaburan Omoda & Jaecoo International Co di Thailand membabitkan tiga fasa, iaitu fasa pertama mensasarkan pengembangan kapasiti pengeluaran 18,000 unit EV setahun untuk 2024-2025.
Omoda & Jaecoo International Co turut mengadakan perbincangan dengan subsidiari konglomereta minyak dan gas Thailand, PTT, iaitu Arun Plus Co untuk melantik sanak syarikat itu menghasilkan EV untuk fasa pertama pelan perniagaan sebelum kilang permbuatan dibina dalam fasa seterusnya.
Fasa kedua (2026-2027), Omoda & Jaecoo International Co mahu meningkatkan kapasiti pengeluaran sekitar 50,000 unit setahun dengan 45,000 unit untuk eksport dan bakinya untuk permintaan domestik.
Akhir sekali fasa ketiga (2028-2030), kapasiti pengeluaran akan dipertingkat kepada 100,000 unit setahun, dan 60,000 unit untuk pasaran eksport.
Thailand ialah pasaran ketiga di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Malaysia yang mana kilang di negara jiran itu akan menumpukan pembuatan EV untuk pasaran domestik dan eksport.
SUMBER: BangkokPost
Leave a Reply