• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Stesen LRT3 di Shah Alam Siap Tahun Depan!

Dua Stesen LRT3 di Shah Alam Siap Tahun Depan!

September 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA stesen projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Shah Alam dijangka siap dibina tahun depan dan bakal menjadi mod pengangkutan awam baharu di bandar raya itu.

Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata, dua stesen LRT tersebut ialah stesen Persiaran Datuk Menteri dan Stadium Shah Alam.

Kita bangunkan ekosistem perancangan bandar iaitu Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dalam persekitaran kawasan LRT tersebut. Kita akan menggalakkan penggunaan kenderaan mikro mobiliti (skuter elektrik).

MBSA juga mendapatkan geran Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi menjayakan pelan TOD tersebut,” katanya selepas Persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) ke-15.

Nor Fuad berkata, geran turut diperoleh daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menghasilkan kecerdasan buatan (AI) dalam aspek jalan raya.

Menurutnya, laluan sepanjang 500km berjaya diselesaikan AI daripada 2,000km jalan raya perbandaran Shah Alam.

Bagi laluan basikal dan skuter elektrik pula ketika ini adalah sejauh 20km sebelum dipanjangkan kepada 58km pada masa depan.

"Kita menggalakkan penggunaan kenderaan mikro mobiliti dalam kalangan warga emas dengan kajian pada 2020 menunjukkan 6.9 peratus penduduk Shah Alam ialah warga emas berusia 65 tahun,” katanya.

BACA >>> Pulau Pinang Bakal Ada LRT Bawah Tanah, Laut
BACA >>> Menteri: Baik Pulih Tren LRT Laluan Ampang Siap Sepenuhnya 2027

SUMBER: Kosmo

Related

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, LRT3, Persiaran Datuk Menteri, Shah Alam, Stadium Shah Alam, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my