• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Mat Motor Tak Pakai Baju Belasah Penunggang Keluar Simpang Tiba-Tiba

Video Mat Motor Tak Pakai Baju Belasah Penunggang Keluar Simpang Tiba-Tiba

September 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PIHAK polis sedang menyiasat video tular kemalangan membabitkan dua penunggang motosikal di Jalan Utama Cheras Perdana, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan berhubung rakaman video papan pemuka sebuah kereta yang kebetulan  berada di tempat kejadian jam 12.09 tengah hari tadi.

Menurut Mohd Zaid, insiden dipercayai berlaku jam 11.25 pagi Jumaat lalu, apabila seorang penunggang motosikal keluar simpang secara tiba-tiba hingga menyebabkan dia dilanggar sebuah lagi motosikal yang datang dari jalan utama.

Motosikal yang dilanggar itu ditunggang lelaki tidak berbaju hingga menyebabkan motosikalnya terbabas dan terbalik.

Penunggang motosikal tanpa berbaju terus bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan dengan menggunakan tangan dan kaki.

"Kejadian berkenaan dirakam melalui papan pemuka sebuah kereta sebelum dimuat naik dan tular di Telegram," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, sehingga kini polis masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kemalangan atau insiden belasah itu daripada pihak terbabit. Justeru kes diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mu'az Mazlan di talian 017-978 8804," katanya.

BACA >>> PDRM Tahan 2 Lelaki Menyamar Polis, Penjawat Awam Antara Ditahan
BACA >>> JPJ Perhebat Operasi Khas Motosikal Hingga Hujung September Ini

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, Auto Terkini, Gaduh, kemalangan, Mat Motor Belasah Mat Motor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), video tular, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev