• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Perhebat Operasi Khas Motosikal Hingga Hujung September Ini

JPJ Perhebat Operasi Khas Motosikal Hingga Hujung September Ini

September 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) kini giat melaksanakan Operasi Khas Motosikal besar-besaran yang menumpukan kesalahan jalan raya seluruh negara bermula 1 September hingga 30 September ini.

Operasi tersebut dilakukan selepas negara merekodkan 2,672 kadar kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, atau hampir 70 peratus sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, berlaku peningkatan membimbangkan berikutan angka 16 peratus kadar kematian nahas jalan raya direkodkan bagi tempoh suku ketiga dan keempat tahun ini.

Sehubungan itu, operasi ini untuk membudayakan pematuhan undang-undang dan memupuk rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan- peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 1,302 motosikal diperiksa dan 642 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Kesalahan paling tinggi direkodkan melibatkan kesalahan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan tiada perlindungan insurans yang mencatatkan 136 kesalahan atau 16 peratus.

"Sebanyak 205 motosikal disita sepanjang operasi dilakukan hari ini,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan operasi khas itu berdasarkan kaedah risikan atau penyamaran di 23 lampu isyarat di lokasi tumpuan, sekatan jalan raya (SJR) dan ‘snap check’ membabitkan laluan motosikal.

Dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan, JPJ mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mendidik pengguna supaya mematuhi peraturan dan berhemah di jalan raya.

"Justeru, penunggang dan pembonceng perlu mengubah sikap dengan tidak melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, cuai keluar masuk simpang dan berlumba," katanya lagi.

BACA >>> JPJ Perkenal Nombor Pendaftaran Istimewa Siri M___M Sempena Hari Kebangsaan ke-66
BACA >>> JPJ Sita Tiga 125ZR Siap Sedia Nak Sprint Test di Pulau Pinang

SUMBER: Utusan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Lokman Jamaan, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, operasi khas motosikal, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, seluruh negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev