• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / VCM Tawar Promosi Menarik untuk Volvo XC40 Recharge, C40 Pure Recharge Sempena Merdeka

VCM Tawar Promosi Menarik untuk Volvo XC40 Recharge, C40 Pure Recharge Sempena Merdeka

August 29, 2023 By Azhan O Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLVO membangun seiring dengan Malaysia dalam aspek keselamatan automotif, dan kini dalam usaha memperkasa rakyat Malaysia ke arah masa depan lebih cerah melalui transisi kepada mobiliti elektrik.

Sedekad selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka memperkukuh debut dalam industri ke pentas dunia. Ini termasuk polisi automotif bagi mempercepat industrialisasi nasional melalui kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan pembuatan komponen automobil.

Volvo XC40 Recharge (2023)
Volvo XC40 Recharge (2023)
Volvo C40 Pure Recharge (2023)
Volvo C40 Pure Recharge (2023)

Bagi pemandu yang mahu beralih kepada pemanduan elektrik tulen, Volvo XC40 Recharge (2023) dan Volvo C40 Pure Recharge (2023) yang kini tersedia dengan jarak pemanduan hingga 450km apabila dicas penuh, dan mampu mencapai kelajuan 0-100kmj sepantas 4.7 saat.

Sempena memperingati 57 tahun bersama Malaysia, Volvo Cars Malaysia (VCM) promosi dua model kenderaan elektrik (EV) dan hibrid sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia tidak lama lagi.

Bermula sekarang hingga 30 September 2023, pembeli model Volvo Recharge Pure Electric baharu, iaitu Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau Volvo C40 Recharge Pure Electric dengan Perkhidmatan Kewangan Kereta Volvo dapat menikmati faedah pengurangan harga akhir serta-merta bernilai RM20,000 dengan penjimatan tambahan melalui kaedah pengurangan prinsipal.

Ada juga faedah tempoh pembiayaan lebih pendek, iaitu tiada bayaran keluar untuk penyelesaian awal. Promosi ini juga terpakai apabila memesan Volvo XC40 Pure Recharge atau Volvo C40 Pure Recharge atas talian di pautan digital ini.

Pelanggan yang membeli mana-mana model hibrid Volvo dalam tempoh masa sama juga dapat menikmati tawaran insurans percuma dan VSP (Pelan Perkhidmatan Volvo 5 tahun) bernilai hampir RM20,000.

VSP ialah pakej servis kereta komprehensif bernilai RM12,900 yang meliputi lima sesi servis pertama, termasuk barangan haus dan lusuh (wear and tear), dan kos buruh, kemas kini perisian percuma serta pemeriksaan kesihatan kenderaan.

Begitu juga insurans kereta percuma untuk tahun pertama bernilai RM7,000. Maklumat lanjut mengenai EV VCM boleh layari Volvo Cars Malaysia atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia dan Instagram.

TENTANG VOLVO DI MALAYSIA

Inilah Volvo 144 pertama yang dihasilkan di kilang pemasangan Volvo di Malaysia. Kredit gambar: Drive Safe and Fast

Volvo Car Manufacturing Malaysia (dulu dikenali sebagai Swedish Motor Assemblies Sdn Bhd) adalah antara syarikat automotif pertama menyambut seruan Kerajaan Malaysia ke seluruh dunia untuk perpindahan teknologi, pembangunan kemahiran tempatan, dan pelaburan asing.

Volvo kemudian menjadi jenama kereta antarabangsa pertama membangunkan kilang pemasangan automotif di Malaysia.

Kilang Volvo di Shah Alam

Terletak di tengah bandar raya Shah Alam, ini antara kilang pembuatan kereta pertama Malaysia, dan mula beroperasi pada Mac 1967 menerusi pengeluaran Volvo 144, iaitu model pertama dipasang di Malaysia yang menjadi langkah besar untuk industri automotif negara.

Memandangkan Shah Alam menjadi lokasi pertama kilang Volvo luar negara asalnya Sweden, ini menjadi momen besar buat Malaysia.

Volvo berkongsi sejarah panjang dengan Malaysia, membangun bersama dengan negara ini melalui pengenalan inovasi automotif dan memberikan ramai pemandu Malaysia peluang mengakses gaya dan keselamatan Sweden.

Pemasangan tempatan Volvo 144 pantas diikuti banyak model seterusnya dengan menampilkan ciptaan hebat Volvo seperti tali keledar 3-poin dan Sistem Maklunat Titik Buta (BLIS) yang kini menjadi ciri keselamatan standard pada kereta moden hari ini.

Volvo XC90 Recharge

Pada 2016, Volvo Car Malaysia (VCM) menjadi jenama kereta mewah pertama memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) versi CKD menerusi model Volvo XC90 Recharge.

Ini menjadi antara usaha menyokong cita-cita Kerajaan mentransformasikan Malaysia ke arah hab Asean untuk kenderaan cekap tenaga (EEV).

Ketika itu, Malaysia menjadi satu-satunya negara selain Sweden yang memasang model serba baharu Volvo XC90 Recharge tersebut. Pada 2021, VCM menjadi pengeluar kereta automotif pertama Malaysia yang menawarkan barisan lengkap PHEV Volvo.

Barisan pertama Volvo XC40 Recharge Pure Electric yang sedia untuk penghantaran selepas pelancaran pada 2022

Pada 2022, VCM sekali lagi menandakan titik perubahan industri automotif Malaysia menerusi pelancaran Volvo XC40 Recharge Pure Electric, iaitu kereta elektrik penuh pertama versi CKD di Malaysia.

Melalui kemampuan kilang pemasangan tempatan, Volvo memacu landskap kenderaan elektrik (EV) bagi menyokong Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dalam mencepat penggunaan EEV dalam kalangan rakyat Malaysia. Malaysia juga menjadi hab Volvo untuk mengeksport model Pure Recharge ke seluruh Asean melalui rangkaian eksport sedia ada.

Walaupun Volvo ialah jenama kelahiran Sweden, tetapi juga sudah bertapak di Malaysia selama 57 tahun, dan kini menyambung misi memberikan pemilik kereta kebebasan bergerak dengan cara peribadi, mampan dan selamat.

Bagi  Volvo, masa depan ialah elektrik, dan visi ini ditumpukan ke arah penciptaan hari esok yang lebih baik buat Malaysia.

Walaupun bercita-cita tinggi beralih sepenuhnya ke arah EV, Volvo mengakui ada pemandu yang memerlukan masa menyesuaikan diri dengan gaya hidup elektrik.

Ini kerana setiap pemandu berbeza dan ada keperluan serta kepelbagai corak perjalanan harian, yang mana kebimbangan mengenai jarak pemanduan elektrik mencukupi masih menjadi faktor perlu dipertimbang dalam pemilikan EV.

VCM mempunyai barisan lengkap PHEV yang dilengkapi trenkuasa elektrik dan petrol untuk menangani masalah tersebut. Trenkuasa hibrid membolehkan pemandu menggunakan elektrik sepenuhnya dalam perjalanan harian dengan jarak hingga 90km seperti ditawarkan Volvo XC90 Recharge.

Dalam situasi kuasa bateri kehabisan, misalnya ketika perjalanan jauh tidak dijangka, Volvo PHEV masih boleh menggunakan 'pelan sandaran' hibrid kereta menerusi enjin petrol yang berfungsi seiring pengecasan semula untuk penggunaan petrol lebih cekap.

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Volvo, Volvo 144, Volvo C40 Recharge Pure Electric, Volvo Cars Malaysia (VCM), Volvo Malaysia, Volvo XC40 Recharge Pure Electric, Volvo XC90 Recharge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev