• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024) Lancar di Jerman 10 Unit Sahaja, Harga RM166k!

Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024) Lancar di Jerman 10 Unit Sahaja, Harga RM166k!

August 29, 2023 By Sharil Leave a Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Jerman mengumumkan 10 unit terhad Kawasaki Ninja ZX-10RR WSBK Edition (2024) yang jauh lebih hebat daripada sekadar warna dan grafik untuk pasaran negara itu.

Dihasilkan Kawasaki Racing Team di ibu pejabat Friedrichsdorf, Kawasaki Ninja ZX-10RR WSBK Edition ini dibikin mengikut jentera Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), siap dengan sistem ambilan udara variable (variable air intake, VAI).

Berikut perincian tambahan yang ada pada Kawasaki Ninja ZX-10RR WSBK Edition (2024):

  • Dijana enjin 4-silinder sebaris 998cc yang dinaik taraf beberapa komponen dalaman daripada Pankl Racing Systems, termasuk piston ringan dan rod penyambung titanium.
  • Menggunakan aci sesondol (camshaft) lumba, pin piston sadur berlian (DLC), dan spring injap ringan dan kuat.
  • Model ini lebih ringan kerana dipasangkan set rim tempa Marchesini.
  • Sistem VAI dipasang dalam kotak udara. Walaupun tidak dihidupkan sepanjang masa, tetapi boleh diaktifkan jika penunggang menggunakan unit kawalan enjin (ECU) lumba.
  • Apabila diaktifkan, corong ambilan udara akan diangkat lebih besar sebaik saja mencapai paras rev tertentu, sekali gus membolehkan aliran udara lebih besar ke dalam kebuk pembakaran.
  • Pada halaju rendah dan sederhana, corong kekal dalam posisi rendah yang menawarkan campuran bahan api dan udara yang dioptimum untuk pembakaran terbaik pada semua halaju enjin.
  • Semua 10 unit model edisi khas ini hadir dalam grafik penuh WSBK KRT, berserta nombor unit pada tangki.
  • Juga didatangkan dengan kotak khas WSBK Edition yang diisi barangan ekslusif seperti blok kaca bercorak ZX-10RR, fob kunci, I-clip dan tandatangan pelumba Kawasaki dalam WorldSBK, iaitu Jonathan Rea dan Alex Lowes.
  • Pelekat nombor lumba Rea dan Lowes juga disertakan dalam pembelian. Jadi penunggang boleh memilih nombor yang mahu dipaparkan pada motosikal.
  • Harga Kawasaki Ninja ZX-10RR WSBK Edition (2024) ialah €33,145 (RM166,460), termasuk 19 peratus cukai nilai tambah (VAT).

BACA >>> Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) Kini Rasmi di Malaysia, Harga RM33.9k!
BACA >>> Selepas Ninja ZX-25R, Modenas Versys X250 Pula Bakal Menyusul Tahun Ini!

SUMBER: Kawasaki Jerman

Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-1
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-2
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-3
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-4
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-5
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-6
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-7
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-8
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-9
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-10
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-11
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-12
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-13
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-14
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-15
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-16
Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024)-17

Related

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Jerman, Kawasaki German, Kawasaki Jerman, Kawasaki Racing Team (KRT), Kawasaki ZX-10RR WSBK Edition (2024), Kejohanan Superbike Dunia (WSBK), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev