• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Perkenal Nombor Pendaftaran Istimewa Siri 'M___M' Sempena Hari Kebangsaan ke-66

JPJ Perkenal Nombor Pendaftaran Istimewa Siri 'M___M' Sempena Hari Kebangsaan ke-66

August 29, 2023 By Sharil Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEMENTERIAN Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal memperkenal Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) kepada orang awam secara bidaan atas talian melalui Sistem JPJeBid sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

NPI dimaksudkan ialah tanda indeks dengan prefiks M (depan) dan sufiks M (belakang), iaitu siri M___M. Tanda Indeks Nombor Pendaftaran Istimewa siri M___M itu membawa maksud dan lambang Malaysia Merdeka sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

Nombor pendaftaran Istimewa (NPI) siri M___M akan mula dibuka untuk bidaan awam pada:

Tarikh buka: 31 Ogos 2023 (Khamis)
Tarikh tutup: 4 September 2023 (Isnin)
Tarikh keputusan: 5 September (Selasa) dalam tempoh 24 jam

Kaedah tawaran secara bidaan adalah tertakhluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan sistem JPJeBid.

Harga bidaan JPJeBid adalah mengikut harga minimum ditetapkan seperti berikut:

Nombor Bernilai Utama (Golden): RM20,000
Nombor Menarik (Attractive): RM3,000
Nombor Popular: RM800
Nombor biasa: RM300

Nombor yang berjaya dibida mesti didaftarkan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

BACA >>> CAAM Larang Penggunaan Dron Sebelum Dan Semasa Sambutan Hari Kebangsaan
BACA >>> Azhar Sulaiman Mahu Jual Nombor Plat MAF 14, Buka Bidaan Mula RM1.85j!

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJeBid, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Malaysia Merdeka, MM, Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI), nombor plat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my