• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Monkey, Honda Super Cub (2024) Diperkenal di AS, Harga Mula RM18k!

Honda Monkey, Honda Super Cub (2024) Diperkenal di AS, Harga Mula RM18k!

August 28, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda USA memperkenal kembali dua model motosikal kecil popular, Honda Monkey dan Honda Super Cup (2024) kepada peminat di negara itu.

Pengeluar itu yakin penawaran motosikal tersebut mampu menarik minat penunggang baharu, dan peminat nostalgia motosikal lama yang memainkan peranan penting dalam sejarah Honda.

1.. Honda Monkey (2024)

Honda Monkey diperkenalkan sejak 1960-an untuk taman hiburan Jepun milik Honda, dipanggil Tama Tech. Model versi 2024 masih mengekalkan sebahagian bentuk asal dengan ciri menyeronokkan, dan juga praktikal.

Model ini tersedia pada September depan dalam warna Pearl Nebula Red, dan Pearl Black pada harga bermula AS$4,299 (RM20,010).

  • Dijana enjin silinder tunggal 124cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI), dan dipadankan transmisi klac auto 5-kelajuan.
  • Dipasang fork terbalik (USD) dengan travel 109mm di depan, dan dwi-absorber dengan travel 101mm di belakang.
  • Sistem brek cakera 220mm di depan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan brek cakera 190mm (belakang).
  • Tinggi pelana 775mm.
  • Berat kerb 105kg.
  • Kapasiti tangki minyak 5.6 liter.
  • Ditawarkan dalam dua warna pilihan: Pearl Nebula Red (merah), dan Pearl Black (hitam).

2. Honda Super Cub (2024)

Sejak diperkenalkan pada 1958, Honda Super Cub mencatatkan jualan keseluruhan lebih 100 juta unit seluruh dunia. Rekabentuk kapcai gaya klasik menggabungkan kesederhanaan praktikal dan gaya retro.

Honda Super Cub C125 (2024) boleh didapati pada Oktober nanti dalam warna Pearl Grey (kelabu) pada harga bermula AS$3,899 (RM18,140).

  • Menampilkan enjin silinder tunggal 124cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang dipadankan transmisi klac automatik 4-kelajuan.
  • Menggunakan casis step-through.
  • Berat kerb 108kg.
  • Dijana fork depan teleskopik dengan travel 99mm, dan dwi-absorber dengan travel 91mm.
  • Sistem brek cakera 220mm di depan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan brek dram 110mm (belakang).
  • Sistem penghidup elektrik.

BACA >>> Honda Super Cub C125 (2022) Versi Dipertingkat Lancar di Indonesia, Harga RM21k!
BACA >>> #BikinMotor: Honda Monkey Lightning Special Edition (2023) Debut di Thailand, Harga RM14.4k!

SUMBER: RiderMagazine

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda America, honda cub, Honda Monkey 2024, Honda Super Cub 2024, Kapcai, mini bike, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my