• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mforce Hantar Duo Beradik Berentap dalam Lumba Off-Road Rimba Raid Taman Negara 2023

Mforce Hantar Duo Beradik Berentap dalam Lumba Off-Road Rimba Raid Taman Negara 2023

August 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings (Mforce) mengumumkan keputusan bertanding dalam acara permotoran Rimba Raid Taman
Negara 2023 menerusi dua model, iaitu WMoto SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X.

Dua jentera itu akan ditunggang dua beradik pelumba, Muhamad Nazmee Ramlee, 30, yang menunggang Moto Morini X-Cape 650X, dan Muhamad Amirul Ramlee, 27, (WMoto SX2-300). Acara itu dijadualkan bermula 31 Ogos ini hingga 3 September depan.

rimba raid - 1
rimba raid - 2

Tahun lalu, Amirul menerusi jentera WMoto SX2-300 meraih tempat ketujuh keseluruhan Kategori C, manakala Nazmee dengan Moto Morini X-Cape 650X menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 keseluruhan (pelumba kedua Malaysia) dalam Kategori B.

Kejayaan dua model itu membuktikan Moto Morini dan WMoto antara jenama  digeruni pelumba pesaing jenama lain kerana kemampuan menamatkan perlumbaan off-road tersebut tahun lalu.

Misi kali ini mungkin menampakkan perbezaan kerana Mforce merancang strategi untuk perlumbaan edisi Rimba Raid 2023 dan mensasarkan kedudukan tiga teratas.

Musim ini, pelumba WMoto SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X perlu mengharungi jarak perjalanan lebih jauh, iaitu 220km, berbanding 150km pada edisi lalu.

SUMBER: RimbaRaid

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, lumba rali, MForce Bike Holdings (MForce), Moto Morini X-Cape 650X, Muhamad Amirul Ramlee, Muhamad Nazmee Ramlee, Rimba Raid 2023, Rimba Riad Taman Negara 2023, roda2, WMOTO SX2-300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev