• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 390 Duke (2024) Didedahkan dengan Rupa Serba Baharu, Ciri Dipertingkat

KTM 390 Duke (2024) Didedahkan dengan Rupa Serba Baharu, Ciri Dipertingkat

August 25, 2023 By Aryon Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM 390 Duke (2024) secara rasmi didedahkan untuk pasaran global. Ini ialah model Duke generasi ketiga sejak debut hampir sedekad lalu.

Apa yang baharu tentang naked bike KTM ini?

KTM menambah baik aspek rekabentuk yang mana lampu utama kini tampak lebih lebar berbanding model lama dengan lampu siang (DRL) bentuk bumerang untuk penampilan lebih agresif.

Panel atau penutup tangki minyak kini lebih besar, manakala bentuk tangki minyak itu sendiri direka baharu. Perubahan itu memberikan gaya lebih maskular berbanding model sedia ada.

Unit pelana didatangkan secara terpisah dengan subfrem belakang kekal terdedah. Secara keseluruhan, KTM 390 Duke (2024) baharu ini tampil lebih besar.

KTM turut menaik taraf kapasiti sesaran enjin kepada 399cc patuh Euro5, tetapi masih dalam konfigurasi 4-lejang silinder tunggal penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang memberikan output kuasa 44.25hp dan tork 39Nm. Sistem transmisi manual 6-kelajuan yang turut mendapat manfaat klac antigelincir dan quickshifter.

KTM turut menambah lebih ciri bantuan penunggang untuk KTM 390 Duke (2024) seperti kawalan luncur, tiga mod tunggang (Street, Rain dan Track), dan panel meter TFT 5 inci untuk paparan multi-info.

Ciri lain diberikan ialah konektiviti telefon pintar, navigasi belok-ke-belok, dan akses muzik, termasuk panggilan.

KTM 390 Duke (2024) turut mendapat komponen baharu seperti frem trellis keluli, fork terbalik (USD) 43mm WP Apex 43 boleh laras mampatan dan lantunan di depan, dan monoshock WP Apex boleh laras prabeban dan lantunan di belakang.

Sistem brek dipasangkan brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper kekal radial 4-piston (depan), dan brek cakera tunggal 240mm dengan kaliper apung 2-piston (belakang) yang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Supermoto ABS Bosch dwi-saluran.

Bahagian roda menggunakan rim aloi 17 inci yang dibalut tayar Michelin. Bagaimanapun, jenama tayar adalah bergantung kepada pasaran jualan. Tinggi pelana 820mm/800mm, manakala pilihan warna ada dua, jingga dan biru gelap

Buat masa ini KTM 390 Duke (2024) hanya didedahkan menerusi laman web antarabangsa, dan masih tiada maklumat daripada KTM Malaysia. Harga juga belum didedahkah, tetapi dipercayai lebih mahal daripada model sedia ada.

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM, KTM 390 Duke (2024), naked bike, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my