BOSCH Automotive Aftermarket (Bosch AA) mengumumkan inisiatif kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu komuniti penduduk di kawasan terpencil mengenai aspek penyelenggaraan kenderaan.
Kempen dibuat bersempena Hari Kemerdekaan tahun ini.
Dalam kempen itu, Bosch AA menawarkan servis penting seperti menukar wiper cermin, memasang penapis kabin, menagganti penapis minyak, servis minyak enjin dan pemeriksaan status bateri kenderaan di kawasan pedalaman.
Objektifnya, menyokong semua komuniti tanpa mengira lokasi berada untuk mendapat akses penyelenggaraan asas dan alat ganti berkualiti.
Kempen menerusi klip video itu memaparkan kakitangan Bosch membantu pemilik kenderaan di satu kawasan terpencil. Tonton di bawah:
Pada masa sama, Bosch AA juga melancarkan MERDEKA C7 Battery Charger GIVEAWAY yang berlangsung hingga 16 September 2023.
Peserta boleh berkongsi cara membantu orang lain menerusi ruangan komen. Seramai 10 pemenang bertuah berpeluang memenangi pengecas bateri kereta Bosch C7 bernilai RM427 seunit dan barangan eksklusif Bosch.
Leave a Reply