• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Acara Mitsubishi Ultimate Thrills Gegar Penduduk Kelantan, Kedah Minggu Ini

Acara Mitsubishi Ultimate Thrills Gegar Penduduk Kelantan, Kedah Minggu Ini

August 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) akan mengadakan acara Mitsubishi Ultimate Thrills yang menawarkan orang ramai peluang menguji keupayaan sebenar trak pikap Mitsubishi Triton dan crossover Mitsubishi Xpander.

Acara itu dijadualkan berlangsung dua hari, bermula di Kota Bharu (Kelantan) sebelum menuju Alor Star (Kedah). Berikut butiran acara  Mitsubishi Ultimate Thrills:

KELANTAN

  • Tarikh: 25-26 Ogos 2023
  • Lokasi: Tepi Pusat Beli-Belah AEON Mall Kota Bahru di Lembah Sireh, Kota Bharu.
  • Waktu: 10 pagi-6 petang

KEDAH

  • Tarikh: 8-9 September 2023
  • Lokasi: Bertentangan bilik pameran Mitsubishi Motors Alor Setar di Lot 10201, Susuran Kebarung, Off Persiaran Bandar Baru Mergong.
  • Waktu: 10 pagi-6 petang

APA DITAWARKAN KEPADA PENGUNJUNG

Pengunjung boleh menguji pengendalian dan kemampuan crossover 7-kerusi Mitusbishi Xpander di Mitsubishi Xpander Obstacle Courses dengan cabaran seperti berikut:

Mitsubishi -1
Mitsubishi -3
  • Devil’s Angle: Peserta memandu melalui laluan ditenggelami air. Jangan bimbang, jarak lega bumi 205mm.
  • Side Traverse: Trek untuk menguji pengendalian dan ketangkasan Xpander
  • Roller Conveyor: Merasai aspek keselamatan Xpander, terutama Kawalan Traksi atas permukaan licin.

Peminat trak pikap pula boleh menyertai cabaran Mitsubishi Triton Obstacle Courses untuk merasai:

Mitsubishi -4
Mitsubishi -2
  • Hill Slope: Melihat kemampuan ciri Bantuan Daki Bukit (HSA) di permukaan jalan curam.
  • Downhill Slope: Peserta menguji ciri Kawalan Turun Bukit (HDC) untuk merasai cara sistem brek berfungsi automatik.
  • Mud Pit dan Elephant Steps: Menguji kekuatan cengkaman atas permukaan ekstrem menerusi mod off-road dan sistem Super Select 4WD II.

AKTIVITI LAIN

Beberapa aktiviti sampingan dan hadiah menarik turut disediakan di lokasi acara seperti:

  • Baucar percuma KFC bernilai RM10 dengan membuat pra pendaftaran di laman www.mitsubishi-motors.com.my.
  • Beg eksklusif Mitsubishi Motors Nature Hike Foldable Round Bucket jika menyertai aktiviti pandu uji.
  • Peluang menang hadiah cabutan bertuah seperti Nintendo Switch, G Shock dan UV Disinfectant.
  • Aneka pilihan makanan trak makanan (food truck), ais krim dan acara lain untuk seisi keluarga

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Triton, Mitsubishi Ultimate Thrills, Mitsubishi Xpander

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev