• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stesen Tesla Supercharger Pavilion KL Kini Dibuka kepada Pemilik Tesla!

Stesen Tesla Supercharger Pavilion KL Kini Dibuka kepada Pemilik Tesla!

August 23, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

STESEN pengecas pantas Tesla Supercharger pertama Malaysia yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur kini dibuka kepada semua kenderaan Tesla negara ini.

Stesen Supercharger dengan lapan petak pengecas itu terletak strategik di tengah ibu kota Kuala Lumpur, sekali gus memudahkan pengecasan dan pemilikan lancar kepada semua pemilik Tesla.

Sokongan bersepadu kenderaan Tesla dan aplikasi mudah alih memudahkan pemilik melakukan navigasi ke lokasi cas, prasyarat bateri kenderaan dan mengakses stesen pengeca untuk pengalaman pengecasan pantas dan tanpa kerumitan.

Ini termasuk pemantauan masa nyata mengenai ketersediaan pengecas, status pengecasan, pembayaran dan sokongan teknikal, dan sebagainya.

Susulan pelancaran rasmi Tesla Malaysia Julai lalu, ini antara pencapaian penting dan komitmen berterusan Tesla untuk menyokong peralihan Malaysia kepada tenaga mampan.

Pengecasan Super V3 dengan kecekapan puncak 250kW, pemilik Tesla Model Y mampu mengecas kenderaan mereka hingga 270km sepantas 15 minit.

Sehingga hari ini, Tesla mempunyai lebih 45,000 Supercharger seluruh dunia. Tesla komited meluaskan rangkaian pengecasan di Malaysia dengan lebih banyak stesen pengecasan bakal dibuka tidak lama lagi.

@pandulajuTesla Supercharger dah ada kat Pavilion KL!♬ original sound - PanduLaju

BACA >>> Tesla Rancang Buka Kilang Bateri Di Indonesia, Bukan Kilang Kereta
BACA >>> Tesla Setuju Jadikan Malaysia Hab Serantau untuk Tenaga Cekap

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kuala Lumpur, Tesla Malaysia, Tesla Supercharger Pavilion KL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my