• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari Tailor Made 812 Competizione (2023) dengan Grafik Conteng, Projek Khas Seunit Sahaja!

Ferrari Tailor Made 812 Competizione (2023) dengan Grafik Conteng, Projek Khas Seunit Sahaja!

September 6, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN projek one-off untuk pelanggan memesan sebuah kereta baharu buatan khas, Ferrari juga menawarkan program Tailor Made khusus kepada pelanggan yang mahu kereta mereka berbeza daripada pemilik lain.

Sebagai contoh, Ferrari Tailor Made 812 Competizione (2023) yang dipaparkan ini dipesan Ferrari Amerika Utara. Model ini bukan dijual seperti biasa, tetapi sebagai objek lelongan sempena majlis Ferrari Gala dan segala hasil diderma untuk kebajikan.

Kereta tersebut  satu daripada 999 unit Ferrari 812 Competizione yang dibuat untuk pengumpul dan peminat Ferrari dengan enjin V12.

Proses membangunkan teknik untuk karya tersebut mengambil masa lebih setahun yang melibatkan kerjasama antara bahagian Penggayaan dan Tailor Made Ferrari.

Idea sebalik projek itu adalah seperti lakaran yang mana pasukan pereka Ferrari mencatat idea dan nota. Warna Giallo Tristrato kusam sebagai latar belakang dan catatan nota dalam warna Nero DS kusam.

Nota berkenaan menunjukkan bahagian penting seperti bilah gentian karbon pada bonet depan yang berfungsi sebagai liang masukan udara untuk enjin.

Kekisi bahagian sisi pula sebagai tribut tradisi Ferrari 12-silinder terbaik, manakala generator vorteks di belakang menghuni tempat asal cermin belakang pada model 812 lain.

Konsep lakaran sama dibuat pada ruang kabin. Lakaran itu bukan cetakan, tetapi set sulaman pada balutan Alcantara baharu yang terdiri daripada 65 peratus poliester kitar semula. Turut digunakan Superfabric hitam pada karpet dan dinding belakang penumpang.

Dari segi pemanduan, Ferrari 812 Competizione dibuat khas untuk pemandu merasa fiil sebati dengan supercar itu di litar dan jalan raya.

Enjin 6.5L V12 menghasilkan output kuasa 818hp dan tork 692Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 2.85 saat, manakala kelajuan maksimum 340kmj. Kuasa enjin dihantar ke roda belakang melalui transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

Membantu membentuk karakter pengendalian dan pemanduan ialah sistem stereng empat roda independan (independent four-wheel steering system). Teknologi baharu itu membolehkan roda belakang kanan dan kiri membelok berasingan berbanding secara bersama.

BACA >>> Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!
BACA >>> Ferrari SP48 Unica - Tempahan Khas untuk Pelanggan Setia Ferrari, Cuma Satu Unit di Dunia
BACA >>> Ferrari 296 GTS (2022) - Kembar 296 GTB Versi Konvertibel

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari 812 Competizione, Ferrari Tailor Made, Ferrari Tailor Made 812 Competizione, Ferrari Tailor Made 812 Competizione (2023), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my