• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tesla Cybertruck Dikesan Atas Jalan, Tapi Peronda Lebuhraya California Tak Cam Kereta Apa

Tesla Cybertruck Dikesan Atas Jalan, Tapi Peronda Lebuhraya California Tak Cam Kereta Apa

August 21, 2023 By Sharil Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN Tesla Cybertruck menjadi antara kenderaan elektrik (EV) paling dinantikan ramai, tetapi masih ada tidak tahu atau perasan tentang Cybertruck jika menemui model kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan rekabentuk ekstrem tersebut di jalanan.

Situasi itu berlaku kepada Peronda Lebuhraya Carlifornia, CHP Buttonwillow apabila salah satu unit peronda sempat mengambil foto beberapa unit Tesla Cybertruck dikesan atas lori di Interstate 5.

Menurut CHP Buttonwillow di Facebook, beberapa foto Tesla Cybertrucks yang tidak ditutupi sebarang pelekat kamoflaj dilihat sedang diangkut ke utara di lebuh raya itu. Lucunya, peronda tersebut sendiri tertanya-tanya kenderaan apa yang sedang mereka lihat.

Ketika meronda pagi tadi, salah satu unit kami ternampak beberapa trak pengangkut yang sarat beberapa trak aneh dalam perjalanan ke utara di Interstate 5. Saya tertanya, apakah itu? Ke manakah mereka pergi?" kata CHP Buttonwillow dalam laman Facebook.

Pada mulanya, ada netizen menyangka pasukan peronda itu mahu bergurau, tetapi nampaknya mereka benar-benar tidak tahu jenama dan model trak pelik tersebut. Ini ditambah pula ketiadaan lencana atau logo pada kereta tersebut.

Walaupun ramai memberi respons, tetapi masih ada beberapa netizen berkongsi rasa terkejut dengan fakta Cybertruck tidak dibatalkan, sebaliknya akan dikeluarkan.

Sebagai makluman, Tesla pertengahan Julai lalu mengumumkan Cybertruck pertama sudah dibina di Giga Texas. Pada awal tahun ini, Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Tesla, Elon Musk berkata, tapak di Austin akan menjadi tuan rumah acara penyerahan Tesla Cybertruck sekitar penghujung suku ketiga, yang mungkin lewat September depan.

BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal
BACA >>> Tesla Setuju Jadikan Malaysia Hab Serantau untuk Tenaga Cekap

Tesla Cybertruck3
Tesla Cybertruck-2
Tesla Cybertruck-1
Tesla Cybertruck (2)

SUMBER: InsideEVs

 

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, California Highway Patrol, CHP Buttonwillow, Elon Musk, Giga Texas, Roda4, Tesla Cybertruck

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev