• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan GT-R (2024) Lancar di Filipina, Harga RM1.03 juta!

Nissan GT-R (2024) Lancar di Filipina, Harga RM1.03 juta!

August 21, 2023 By Sharil Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Philippines senyap-senyap melancarkan Nissan GT-R (2024) untuk pasaran negara itu pada harga 12.445 juta peso (RM1.03 juta).

Nissan GT-R yang sudah berusia 15 tahun itu nampaknya masih relevan dan digilai ramai selepas menerima pelbagai kemas kini seperti naik taraf aero, trenkuasa dan beberapa peningkatan kecil dalam.

Nissan GT-R (2024) dikuasakan enjin VR38DETT, atau lebih tepat enjin V6 3.8L twin-turbo yang menghasilkan output kuasa 570hp @ 6,800rpm, dan tork 637Nm @ 3,300-5,800rpm.

Janaan kuasa disalurkan ke keempat-empat roda melalui transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) ATTESA AWD dan diferensial gelincir terhad (LSD) mekanikal belakang.

Berikut perincian Nissan GT-R (2024) pasaran Filipina:

  • Rupa depan digayakan semula dengan gril V-motion lebih panjang
  • Ventilator ambilan udara sisi kini disepadukan dalam gril utama
  • Lampu siang (DRL) daripada model 2012 kembali digunakan.
  • Di belakang, seksyen antara diffuser dan lampu belakang kuad direka semula kurang tirus berbanding kemas kini terdahulu.
  • Ada lampu kabus belakang lebih besar yang kini diposisikan di tengah bukaan difuser.
  • Ekzos kini menampilkan muncung titanium yang direka semula untuk aliran udara lebih baik
  • Kerusi depan elektrik boleh panas dengan upholsteri kulit semi-anilin.
  • Pedal sport aluminium, stereng kulit 3-jejari, penyaman udara automatik kawalan klimat dwi-zon, dan butang tekan-mula (push start).

  • Unit infotainment skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Bluetooth dan port USB.
  • Sistem bunyi kualiti tinggi Bose dengan 11 pembesar suara dan nyah hingar aktif serta peningkatan bunyi aktif.
  • Rim aloi RAYS 20 inci dibalut tayar 255/40 di depan dan 285/35 (belakang).
  • Sistem brek Brembo.
  • Pilihan warna ditawarkan: Bayside Blue (biru), Gun Metallic (kelabu), Pearl Black (hitam), Pearl White (putih), Ultimate Silver (perak), and Vibrant Red (merah).

BACA >>> Orang Kuat NISMO Kongsi Cerita Tentang Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune
BACA >>> Jepun Lancar 8 Varian Nissan GT-R (2023), Termasuk Versi NISMO

SUMBER: AutoIndustriya

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GT-R, Nissan, Nissan GT-R 2024, Nissan GT-R R-35, Nissan Philippines, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my