• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Lexus Paling Cepat Dijual di Britain - Kajian Syarikat Aplikasi Online, Wizzle

Kereta Lexus Paling Cepat Dijual di Britain - Kajian Syarikat Aplikasi Online, Wizzle

April 9, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA komen paling kerap dibaca setiap kali pelancaran kereta baharu ialah nilai jual semula atau resale value. Walaupun agak klise, tetapi hujah itu memang ada kebenarannya. Maklumlah, duit yang ada, bukan senang boleh dapat. Kena membanting tulang dan mengelap keringat, termasuk bersengkang mata. Tambahan lagi, harga kenderaan memang tidak murah dan menjadi antara pelaburan terbesar dalam kehidupan kita hari ini.

Baru-baru ini, pembangun aplikasi telefon pintar untuk urusan jual beli atas talian, Wizzle melakukan kajian di Britain tentang kereta yang paling laris dijual di negara itu. Jawapannya, Lexus.

LEXUS PALING LAKU?

Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT

Berdasarkan trend, sejak September tahun lalu, kebanyakan pengedar kereta di Britain memang banyak menjual kereta pada bulan tersebut kerana mahu menggantikan stok baharu. Model-model Lexus pula sangat pantas dijual hanya dalam masa 24 jam selepas diiklankan. Kereta lain pun laris juga, tetapi mengambil masa lebih lama, iaitu sekitar purata 4.2 hari.

Ada kereta lain yang lebih lambat terjual, dan menurut kajian, situasi tersebut berlaku kerana pemilik tidak bersetuju dengan harga ditawarkan. Data dikumpul Wizzle itu diperoleh berasaskan jenama kereta ternama sebelum dianalisis untuk mengetahui jenis jenama yang paling cepat terjual.

Keputusannya, daripada 28 jenama terkenal di Britain, purata jualan mengambil masa lima hari atau kurang untuk dijual, dan ada sesetengah pemilik mahukan wang tunai daripada jualan kereta mereka itu. Menurut data diperoleh juga, pemilik Citroen adalah paling lama membuat keputusan menjual kereta dengan purata kira-kira dua minggu. Berbeza jenama Perancis lain, pemilik jenama Peugeot secara purata hanya memerlukan 4.1 hari untuk menjual kereta mereka.

SUSUT NILAI LUAR JANGKAAN

Wizzle juga mendapati tiada perbezaan antara jumlah jualan keseluruhan dan masa jualan diambil. Misalnya, Ford ialah jenama  paling banyak terjual dalam Wizzle, tetapi purata jualan ialah ketiga paling lama dijual. Vauxhall, Audi, Volkswagen dan BMW pula membentuk 77 peratus daripada jumlah jualan dan terjual dalam masa 36 jam sahaja, dua hari lebih cepat berbanding purata masa jualan Ford.

Pengasas Wizzle, Sébastien Duval berkata, pada mula pihaknya menjangka kereta yang bernilai paling tinggi akan mengambil masa paling lama kerana pemilik mahu berbincang lanjut dengan pembeli, tetapi tanda-tanda itu tidak berlaku.

Pada pendapat kami, masa persetujuan urus niaga adalah berkait rapat dengan jangkaan tidak realistik pemilik terhadap nilai pasaran kereta apabila pertama kali mahu menjual. Kadangkala mereka terkejut dengan jumlah susut nilai kereta sendiri dan mengambil masa lebih lama untuk bersetuju dengan harga ditawarkan."

-  Sébastien Duval, Pengasas Wizzle

Pemilik Citroen, Mercedes dan Land Rover juga mempunyai jangkaan tinggi terhadap kereta mereka ketika mula membuat tawaran dan menjadi antara punca masa menjual jadi lebih lama.

Wizzle Study 2017
Wizzle Apps 2017
aplikasi-wizzle-bg

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi online, Auto Terkini, Lexus, Wizzle

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev