• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pulau Pinang Bakal Ada LRT Bawah Tanah, Laut

Pulau Pinang Bakal Ada LRT Bawah Tanah, Laut

August 18, 2023 By Han Othman Leave a Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MRT Corp akan membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melihat kesesuaian pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang di bawah tanah untuk jajaran yang terletak di tengah bandar dan bawah laut bagi jajaran yang menghubungkan Seberang Perai dengan kawasan pulau.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu dibentangkan MRT Corp, yang mengambil alih projek berkenaan, dalam mesyuarat bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Georgetown, semalam.

Mereka membentangkan jajaran terkini untuk pertimbangan pihak Kerajaan Negeri dan kita bersetuju cadangan berkenaan, tetapi MRT Corp perlu menjalankan kajian kebolehlaksanaan khususnya kesesuaian jajaran itu dari segi keadaan muka bumi.

“MRT Corp berkata, jajaran yang dekat pusat bandar lebih sesuai bawah tanah, maka jajaran yang dekat dengan stesen pertukaran juga perlu dibina bawah tanah memandangkan jajaran dari Butterworth ke George Town yang dirancang melalui saluran utara adalah bawah laut," katanya.

Beliau berkata, mengikut perancangan sebelum ini, jajaran LRT di Pulau Pinang adalah struktur bertingkat dan bukan bawah tanah.

Dari segi laluan LRT, ia tidak melibatkan perubahan besar, iaitu akan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, seterusnya Komtar, Tanjung Bungah, Air Itam, Butterworth, Kepala Batas dan Simpang Ampat.

Projek LRT tersebut adalah antara usaha Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk merapatkan jurang fizikal Seberang Perai dengan kawasan pulau, selari hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat laluan LRT menghubungkan kedua-dua kawasan itu.

Mengenai model pembiayaan projek, Chow sebelum ini dilaporkan berkata akan dibiayai sepenuhnya MRT Corp.

Pembinaan LRT stesen pertukaran adalah amat penting kerana melibatkan semua jajaran.

”Mereka perlu membuat kajian bersesuaian. Nampaknya dari segi teknikal amat mencabar," katanya.

Related

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chow Kon Yeow, LRT Pulau Pinang, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp), MRT Corp

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my