• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / QJ OAO Pro (2023) Lancar di China, Harga RM19k Sahaja

QJ OAO Pro (2023) Lancar di China, Harga RM19k Sahaja

August 17, 2023 By Aryon Leave a Comment

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dari China QJ Motor mendedahkan sportbike elektrik baharu, QJ OAO Pro (2023).

Model itu debut dalam bentuk konsep di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 dengan nama RX. Sejak itu banyak spesifikasi diubah dan terbaharu motosikal itu dikatakan mampu ditunggang sejauh 170km berbanding angka terdahulu (120km).

QJ OAO Pro (2023) dijana motor elektrik dipasang di tengah badan dengan output kuasa 10kW (13.4hp), dan menggunakan pek bateri 6.4kWh.

Aspek paling menarik ialah sistem transmisi 4-kelajuan yang jarang ada pada motosikal elektrik. Sistem ini mampu memberikan pengalaman menunggang mirip motosikal petrol berbanding model elektrik tanpa gear.

Bagaimanapun, kelajuan maksimum 96kmj masih tidak cukup pantas dalam dunia sportbike elektrik sedia ada di pasaran global. Sportbike elektrik dari India, Ultraviolette F77 misalnya mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 147kmj.

Dari sudut positif, berat kerb motosikal ini cuma 164kg, agak ringan yang sesuai dijadikan pengangkutan harian. Tinggi pelana 790mm pula agak rendah yang mampu diakses ramai penunggang bertubuh rendah.

Ciri lain ditawarkan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard, sistem lampu LED penuh, dan pengecas USB. Rekabentuk motosikal ini juga menarik, yang sebaris dengan barisan motosikal petrol QJMotor lain.

Di China, QJ OAO Pro (2023) dijual pada harga 29,999 yuan (RM19,080) yang berada dalam julat harga mampu milik. Betulkan?

BACA >>> QJMotor Sai 150 Race (2023) Lancar di China dengan 3 Warna Pilihan, Harga RM9k!
BACA >>> Imej Sportbike Middleweight 4-Silinder Sebaris QJ Motor SRK 800RR (2024) Bocor

Related

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, motosikal elektrik, motosikal EV, Pameran Motosikal Milan (EICMA), QJ Motor, QJ OAO Pro (2023), roda2, Sportbike Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my