• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM 1390 Super Duke (2024) Serba Baharu Bakal Tiba?

KTM 1390 Super Duke (2024) Serba Baharu Bakal Tiba?

August 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM kini sedang menjalankan ujian Super Duke baharu dengan trenkuasa lebih besar berbanding model sedia ada sebagai model 2024. Model itu dipanggil KTM 1390 Super Duke (2024).

Maklumat awal 'bocor' apabila beberapa kedai atas talian menyenaraikan tawaran dua versi trenkuasa baharu LC8 V-Twin edisi 2024 pada harga £8,180 (RM48,320).

Salah satu trenkuasa diiklankan itu mendedahkan teks 'CN', dipercayai bermaksud China yang mungkin dihasilkan rakan KTM di negara itu, iaitu CFMoto.

Kapasiti enjin baharu itu dipercayai mendapat tambahan 100cc berbanding saiz semasa 1,301cc pada KTM 1290 Super Duke. Malah kuasa dan tork juga lebih tinggi daripada output semasa (180hp dan 140Nm).

Portal Motorrad pula sempat merakam video dan beberapa foto mendedahkan rupa The Beast yang tidak lagi menggunakan lampu utama jenis Split Face (foto atas), sebaliknya beralih kepada dua lampu LED yang diposisikan secara menegak (foto bawah).

Foto initip juga menunjukkan KTM Super Duke baharu itu tidak lagi menggunakan winglet, tetapi ada tambahan kit badan kecil di sisi radiator.

Panel sisi juga nampak lebih rendah berbanding model terdahulu. Komponen lain jelas kelihatan ialah fork WP-Apex, frem, rim dan sistem brek Brembo yang nampaknya sama seperti digunakan KTM Super Duke (2023).

SUMBER: Motorrad

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: CFMotor, KTM, KTM 1390 Super Duke (2024), roda2, streetfighter, Super Duke Baharu, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my