• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Selangor Kesan Banyak Bas Awam Guna Tayar Botak, Tiada Pemandu Kedua

JPJ Selangor Kesan Banyak Bas Awam Guna Tayar Botak, Tiada Pemandu Kedua

August 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menjalankan operasi ke atas kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dari jam 5 petang hingga 9 malam di beberapa lokasi seperti di Terminal Seksyen 17, Terminal Jalan Reko, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Plaza Tol Awam Besar, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak.

Dalam operasi tersebut, 117 bas diperiksa dan antara kesalahan dikesan adalah tiada pemandu kedua, buku log tidak dikemas kini dan kesalahan teknikal.

Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata operasi hingga jam 9 malam itu mengesan 49 kesalahan.

Mengikut pecahan, kesalahan teknikal seperti cermin retak dan tayar botak adalah paling tinggi, iaitu 30 kes, tiada pemandu kedua (16) serta tidak kemas kini buku log (3).

Semua kes berkenaan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ Selangor juga mengesan kebanyakan pemilik bas tidak menyediakan pemandu kedua  bagi perjalanan jarak jauh atas alasan menjimatkan kos bayar gaji pemandu selain sebahagian pemandu memberikan alasan terlupa mengisi buku log perjalanan.

Penguatkuasaan berterusan akan diadakan semasa ke semasa, dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu yang engkar peraturan.

Sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh disalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

BACA >>> JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
BACA >>> Akibat Tukar Logo, JPJ Sabah Saman Perodua Axia 'Convert' Jadi Toyota Agya

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Bas, cermin retak, JPJ Selangor, Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA), op kenderaan perkhidmatan awam, pemandu bas, pemandu kedua, Tayar Botak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev