SELEPAS menerima kemas kini sistem suspensi, brek, panel meter TFT dan lampu LED untuk model 2023, Kawasaki Jepun memperkenalkan warna baharu Ninja ZX-25R SE (2024), iaitu Metallic Phantom Silver x Ebony pada harga 962,500 yen (RM30,470).
Harga adalah termasuk cukai, manakala aksesori tambahan boleh didapati dari kilang. Kawasaki Ninja ZX-25R SE (2024) dijadualkan dilancarkan di Jepun pada 15 September depan.
Enjin
Kawasaki Ninja ZX-25R SE (2024) dikuasakan enjin 4-silinder sebaris 249cc penyejukan cecair berkuasa 46.9hp @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500rpm. Enjin ini mampu mencapai had rev lebih 17,000rpm.
Suspensi, Brek, Ciri Lain
Suspensi menggunakan produk Showa Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP) di depan, dan monoshock di belakang. Brek depan dipasangkan kaliper jejari.
Ciri tambahan lain ialah frem trellis, Quickshifter atas-bawah dengan bliper automatik, kawalan traksi, mod kuasa, sistem ram udara, lampu LED penuh dan panel meter TFT warna penuh 4.3 inci.
Warna, Rekabentuk
Walaupun grafik Kawasaki Racing Team (KRT) sedia ada kekal ditawarkan pada model 2024, tetapi pada masa sama Kawasaki Jepun turut memperkenalkan skema dwi-tona baharu, iaitu Metallic Phantom Silver x Ebony yang lebih bersahaja dengan sedikit aksen biru.
Kawasaki ZX-25R versi Malaysia bakal dilancarkan awal September 2023 di bawah lencana Modenas. Harga pula dijangka di bawah RM40,000, mungkin sekitar RM35,000.
BACA >>> Selepas Ninja ZX-25R, Modenas Versys X250 Pula Bakal Menyusul Tahun Ini!
BACA >>> Tempahan (Modenas)Kawasaki ZX-25R Dibuka, Harga Masih Misteri!
SUMBER: KawasakiJapan
Leave a Reply