POLIS melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini, 11 Ogos (Jumaat) sehingga 13 Ogos 2023 (Ahad) bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Timbalan Pengarah I JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, penugasan akan tertumpu di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan susulan pertambahan aliran kenderaan.
Beliau berkata;
Dijangka sebanyak 1.9 juta kenderaan bertambah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan pertambahan 150,000 kenderaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
"Justeru, fokus utama JSPT adalah memastikan aliran trafik lancar serta terkawal bagi semua pengguna jalan raya yang pulang untuk mengundi dan kembali semula ke ibu kota nanti.
"Ia membabitkan lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran terutama lokasi hotspot yang berlaku kesesakan.
"Pemantauan juga termasuk susur keluar lebuh raya serta persimpangan membabitkan lampu isyarat yang akan dibuat kawalan sekiranya terkesan menyebabkan kesesakan melampau."
Seramai 3,000 petugas JSPT melibatkan semua kontinjen termasuk bantuan sumber manusi daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sudah diatur gerak.
Leave a Reply