PROTON mencatat jualan 13,326 unit (domestik + eksport) sepanjang Julai lalu, menandakan peningkatan 16.1 peratus berbanding prestasi Julai 2022.
Jumlah jualan terkumpul itu membabitkan semua model Proton setakat bulan lalu, iaitu 90,647 unit. Malah Proton memiliki empat model yang mendominasi segmen masing-masing.
PROTON X90
- Mendominasi segmen SUV-D dalam tempoh kurang tiga bulan selepas memasuki pasaran (7 Mei 2023)
- Mencatat jualan 886 unit sepanjang bulan lalu dan jualan terkumpul kini mencecah 2,225 unit dalam tempoh 86 hari
PROTON PERSONA
- Menguasai segmen sedan B dengan catatan jualan 1,953 unit.
- Jualan terkumpul sejak Januari hingga hujung bulan lalu ialah 14,533 unit.
PROTON X50
- Jualan sebanyak 2,630 unit sepanjang Julai lalu, jumlah jualan 2023 terkumpul kini 20,192 unit.
PROTON EXORA
- Proton Exora menewaskan pesaing lain dengan rekod jualan 374 unit sepanjang Julai 2023. Jumlah jualan terkumpul ialah 2,741 unit.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata
Jualan automotif di Malaysia terus kukuh bagi tahun 2023 tanpa penurunan dalam permintaan dalam empat bulan selepas tamat tempoh penghantaran kereta di bawah skim insentif PENJANA.
"Terdapat banyak pengenalan model baharu pada tahun ini dan ini bersama dengan pengumuman berprofil tinggi yang dibuat di ruang Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) serta sokongan Kerajaan untuk menarik OEM baharu ke negara ini mengekalkan minat tinggi dalam kalangan pembeli.
"Proton sudah tentu memainkan peranan dalam peningkatan TIV. Dari segi peratusan, pertumbuhan jualan kami adalah lebih dua kali ganda daripada industri setakat ini dan ini boleh dikaitkan pembeli kereta yang tertarik dengan teknologi, kualiti, keselamatan dan nilai yang ditawarkan barisan model kami.
"Dengan Proton X90 yang sudahpun mendahului kelas selepas hanya 3 bulan, model baharu yang akan dilancarkan dan kemasukan syarikat ke pasaran EV pada 2023 melalui smart Malaysia, kami yakin dapat mencapai sasaran akhir tahun kami."
Leave a Reply