• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Feri Baharu Pulau Pinang Operasi Hari Ini

Feri Baharu Pulau Pinang Operasi Hari Ini

August 7, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PERKHIDMATAN feri baharu dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di Georgetown ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) yang dinantikan warga Pulau Pinang dan pelancong, mula beroperasi sepenuhnya hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, terdapat empat feri baharu, yang dinamakan Teluk Bahang, Teluk Kampi, Teluk Duyung dan Teluk Kumbar beroperasi secara 68 perjalanan dua hala sehari dengan kekerapan setiap 20 minit pada waktu puncak, dan 30 minit pada waktu bukan puncak.

Kedua-dua terminal juga dinaik taraf untuk memberikan keselesaan kepada penumpang ketika menunggu ketibaan feri, dengan kelengkapan ruang menunggu berhawa dingin, kamera keselamatan dan kemudahan lif bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).

Bercakap daripada pengalaman, saya percaya semua penumpang feri pada masa dulu, satu isu adalah masa untuk menunggu dalam keadaan kurang selesa, tetapi mulai hari ini kita menyaksikan satu perubahan ketara,” kata Chow.

Beliau berkata, pengguna feri juga dapat menikmati perkhidmatan feri secara percuma mulai hari ini (7 Ogos) hingga 7 September dengan kapasiti muatan 150 penumpang dan 50 motosikal pada satu masa.

Selain itu, Chow berkata, pihaknya akan meneliti penggunaan teksi air untuk menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Prai lebih pantas kerana mempunyai persisiran pantai panjang.

Jadi pihak Kerajaan Negeri akan beri kerjasama dan mahu menjadi satu pemegang taruh penting bersama Menteri Pengangkutan dalam meneroka pengangkutan awam atas laut dengan lebih luas dan efisien."

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, feri, Feri Baharu Pulau Pinang, Feri Pulau Pinang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my