• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Jatuh Lagi di GP British, Tapi Lega

Marquez Jatuh Lagi di GP British, Tapi Lega

August 7, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez mengaku gembira dengan keputusan MotoGP British 2023 walaupu  terjatuh dan gagal mendapat sebarang mata.

Beliau mendakwa mengetahui apa yang patut dipertingkat pada perlumbaan mendatang.

GP British 2023 dimenangi Aleix Espargaro (pertama), Francesco Bagnaia (kedua) dan Brand Binder (ketiga)

Marquez jatuh di lap ke-16, atau empat lap sebelum tamat. Bermula dari posisi ke-14 sebelum merosot akibat winglet patah disenggol pelumba Monster Energy Yamaha, Franco Morbidelli.

Marquez kemudian mengejar hingga posisi ke-10 sebelum gerimis mula turun di akhir balapan dan beliau dipintas pelumba Ducati, Enea Bastianini. Marquez dipetik Crash.net berkata;

Aku lega denga keputusan ini, sebab sasaran aku adalah untuk bangunkan kembali keyakianan diri dan cuba dapatkan asas (yang tepat).

"Aku tengah bangunkan kembali keyakinan diri, tapi untuk dapatkan asas, kami masih perlukan lebih banyak perlumbaan, lebih banyak trek, dan situasi berbeza. Tapi akhir perlumbaan ini adalah akhir keputusan yang solid, stabil."

Marquez mengakui walaupun terjatuh, tetapi tidak hanya perlu melihat aspek insiden tersebut sahaja. Ini kerana jenteranya ketika itu sudah tiada daya mendap, tetapi beliau masih mampu berlumba baik sepanjang perlumbaan.

Aku juga kawal diri. Memang benar kalau ada yang cakap, 'kau jatuh dalam trek'. Itu betul, tapi itu situasi yang sangat tak menguntungkan yang boleh berlaku dalam trek.

"Tapi masalahnya winglet aku patah masa lap pertama, jadi aku hilang banyak pecutan, dan cara henti motor sangat payah.

"Aku cakap, ok, tetap tenang, aku cuba kawal tempo, tak lebih, macam aky buar masa berlatih," katanya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, GP British 2023, Marc Marquez, MotoGP 2023, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev