• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Malaysia Perkenal Trio Scrambler (2023) Generasi Baharu, Harga Mula RM62.9k!

Ducati Malaysia Perkenal Trio Scrambler (2023) Generasi Baharu, Harga Mula RM62.9k!

August 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI Malaysia memperkenalkan tiga varian generasi baharu Scrambler iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift edisi 2023 ke pasaran tempatan dengan harga jualan bermula serendah RM62,900 seunit.

Model Ducati Scrambler mensasarkan golongan muda yang menitikberatkan perkembangan teknologi selain sebagai ekspresi diri.

Jualan siri ini di Malaysia tahun lalu menyumbang 30 peratus dan Ducati Malaysia mengekalkan sasaran sama tahun ini. Sejak diperkenalkan pada 2015, Ducati mencatat jualan terkumpul 100,000 unit di pasaran global.

Kiriman pertama bermula Oktober ini dan Ducati Malaysia sudah menerima 50 tempahan. Berikut perincian Ducati Scrambler (2023):

HARGA

1. DUCATI SCRAMBLER ICON

  • Enjin dwi-silinder (L-Twin) Desmodromic 803cc penyejukan udara dengan 2-injap setiap silinder, dan suntikan bahan api (FI), menawarkan output kuasa 73hp @ 8,250rpm, dan tork 65.2Nm @ 7,000 rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan.
  • Frem trellis keluli dengan suspensi fork terbalik (USD) Kayaba 41mm di depan, dan monoshock Kayaba boleh laras prabeban.
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar Pirelli MT 60 RS 110/80 di depan, dan rim aloi 17 inci dengan saiz tayar 180/55 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 330mm dengan kaliper 4-piston, dan cakera tunggal 245mm dengan kaliper piston tunggal (belakang) serta dilengkapi Sistem Brek Anti-kunci Belok (ABS Cornering) Bosch sebagai ciri standard.
  • Panel meter berwarna TFT 4.3 inci dengan Ducati Multimedia System (DMS).
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal belok dan lampu belakang.
  • Berat kerb 185kg. Tinggi pelana 795mm. Kapasiti tangki minyak 13.5 liter.
  • Dilengkapi ciri Kawalan Traksi Ducati (DTC) empat tetapan, atau dinyah aktif.
  • Ada dua mod tunggang: Road dan Sport.

2. DUCATI SCRAMBLER FULL THROTTLE

Selain ciri standard di atas, varian Full Throttle menerima beberapa komponen baharu iaitu:

  • Mufler ekzos Termignoni.
  • Sistem QuickShifter dwi-arah (Ducati Quick Shift, DQS)
  • Indikator signal belok Ducati Performance LED dengan lampu signal belok lebih kecil.
  • Madgad depan lebih sporty, kowl bawah enjin, nombor plat sisi dan ekor belakang sporty.
  • Liveri khas.
  • Bar hendal lebih rendah berbanding Icon.
  • Warna ditawarkan Rosso GP ’19.

3. DUCATI SCRAMBLER NIGHTSHIFT

  • Ekzos sama seperti Icon.
  • Ciri DQS tidak ditawarkan sebagai ciri standard (sama seperti Icon)
  • Bar hendal landai dengan cermin sisi di hujung
  • Rim jejari (spoked)
  • Dua mod tunggang: Road dan Wet (tiada mod Sport).
  • Berat kerb 191kg.
  • Warna Nebula Blue (biru).
DUCATI SCRAMBLER ICON
DUCATI SCRAMBLER FULL THROTTLE
DUCATI SCRAMBLER NIGHTSHIFT

Related

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati Malaysia, Ducati Scrambler (2023), Ducati Scrambler Icon (2023), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my