• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian Belum Ada Tarikh Pelaksanaan Penuh 'Road Tax' Digital - Menteri

Kementerian Belum Ada Tarikh Pelaksanaan Penuh 'Road Tax' Digital - Menteri

August 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan Kementerian BELUM ada tarikh khusus atau tepat untuk menghentikan penggunaan pelekat cukai jalan fizikal dan beralih sepenuhnya kepada cukai jalan digital.

Penjelasan itu diberi sebagai PEMBETULAN kepada satu notis arahan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Rospiagos Taha kepada cawangan JPJ yang mengatakan cukai jalan tidak akan dikeluarkan secara fizikal bermula 1 Ogos 2023 dan memohon pelanggan memperbaharui menerusi aplikasi MyJPJ.

Berikut penjelasan Loke;

Saya dah sejak awal, kita mengumumkan isu digital road tax ini, (iaitu) transformasi kepada digital road tax ini.

"(Dengan) mengatakan bahawa buat sementara waktu ini, kita bagi optional kepada pelanggan sama ada nak terus gunakan sticker road tax yang fizikal ataupun secara digital menggunakan (aplikasi) MyJPJ.

"Memang itu dasar kita. Kita belum tentukan satu tarikh lagi bila akan diberhentikan secara mutlak, tak ada lagi fizikal lesen.

"Belum ditentukan Kementerian Pengangkutan. Kita akan mengambil sedikit masa untuk melihat dulu bagaimana transisi ini berlaku. Jadi, sementara waktu ini, kita masih gunakan optional, iaitu sticker masih dikeluarkan.

"Cuma ada beberapa cawangan, dia kehabisan stok. Jadi dia letakkan notis tidak akan lagi ada fizikal road tax. Tapi itu BUKAN keputusan dasar.

"Jadi kita mengambil langkah cepat. Apabila tahu cawangan itu habis stok, kita akan teruskan tempahan stok untuk kita terus berikan secara optional.

"Kita buat secara optional… terpulang kepada rakyat. Dia nak pakai sticker, sementara ini kita akan bagi lagi. TAPI akan sampai masa, kita kata we will transform fully to digital. Tapi keputusan itu BELUM lagi dibuat.

"TIDAK ada lagi tarikh bila. So, kita akan buat secara transition. It will take some time at least another 6 months to a year before we go fully digital.”

BACA >>> Permit Sekolah Memandu Boleh Batal, Gantung Jika Ramai Terbabit Kemalangan, Buat Salah

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Cukai Jalan Digital, MyJPJ, Road Tax Fizikal, roda2, Roda4, Rospiagos Taha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev