• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Pemandu Wira Rompak Gerai Durian di Pahang, Kini Diburu Polis

Video Pemandu Wira Rompak Gerai Durian di Pahang, Kini Diburu Polis

August 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS memburu seorang suspek lelaki disyaki merompak pembantu gerai durian dengan menggunakan senjata dipercayai sepucuk pistol di Pahang, semalam.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 3.20 petang membabitkan sebuah gerai durian di tepi sebatang jalan dekat kawasan perindustrian Benus di Bentong. Satu klip video memaparkan insiden jenayah itu tular di media sosial:

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan insiden itu kira-kira jam 4.44 petang membabitkan mangsa wanita warga asing berumur 38 tahun yang bekerja sebagai pembantu gerai berkenaan.

Mangsa sedang bekerja di gerai itu ketika sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dipercayai warganegara tempatan berhenti. Suspek dikatakan mengacu senjata menyerupai objek seperti pistol dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai.

Beliau berkata;

Mangsa menyerahkan semua wang tunai jualan durian dan suspek melarikan diri dengan menaiki kenderaan sama. Hasil siasatan awal pihak polis mendapati mangsa bekerja dengan seorang lelaki warganegara tempatan sebagai pembantu di gerai tersebut."

Ketika kejadian berlaku, mangsa yang bekerja seorang diri itu disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Nilai kerugian dianggarkan antara RM800 hingga RM850.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompak dengan menggunakan senjata.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Polis Bentong, Roda4, Rompak Gerai Durian, Viral, Zaiham Mohd. Kahar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my