• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Beza Tayar Motosikal Elektrik vs Petrol?

#TahukahAnda: Beza Tayar Motosikal Elektrik vs Petrol?

August 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH beza tayar untuk kegunaan motosikal petrol dan elektrik? Secara am, kedua-dua jenis tayar itu memiliki bentuk dan fungsi sama selain membantu menjimatkan penggunaan tenaga ketika menunggang.

Bagaimanapun, tayar motosikal elektrik ada sedikit kelainan yang agak unik. Antara perbezaan utama adalah aspek rintangan golekan untuk membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik bagi setiap kilometer.

 

 

Ciri itu membantu meningkatkan jarak tunggangan motosikal dengan mengurangkan kehilangan tenaga akibat geseran tayar. Kompaun juga berbeza untuk rintangan lelas selain mampu menampung daya tork tinggi daripada unit motor elektrik.

Mengenai jarak tunggangan, tayar motosikal elektrik mampu menawarkan peningkatan jarak antara 10 hingga 15 peratus.

Voltrax misalnya, ialah jenama tayar motosikal elektrik saiz kecil dengan jarak tunggangan bermula 9,000 hingga 11,000km. Namun mungkin sedikit berbeza bagi saiz 10 inci kerana bergantung kepada jarak golekan dengan peningkatan 10 hingga 15 peratus yang signifikan untuk motosikal elektrik.

Pada masa sama tiada masalah penunggang motosikal petrol mahu menggunakan tayar khas motosikal elektrik.

Tayar motosikal elektrik juga mengandungi komponen lapis poliester (polyester ply) yang membantu menambah baik aspek pengendalian dan kestabilan.

Perkara lain ialah tork lebih tinggi dan serta-merta daripada unit motor elektrik berbanding enjin petrol. Jadi tayar perlu menampung hantaran tork tinggi dengan cengkaman lebih kuat atas permukaan jalan.

Swallow Voltrax misalnya ialah produk tayar yang dihasilkan khas untuk kegunaan motosikal elektrik. Voltrax ialah jenama tayar yang dihasilkan perusahaan Indonesia yang akan mula dijual pada Oktober ini dalam pilihan rim sekecil 10 hingga 14 inci.

Harga pula bermula serendah Rp179,000-Rp344,000 (RM54-RM103).

SUMBER: Detik | Otosia | Motorplus

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Autotainment, Roda2 Tagged With: aksesori, autotainment, beza tayar motor elektrik dan petrol, Gunawan, Joni Tanto, Swallow Voltrax, tayar motor elektrik, tayar motosikal elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev