• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jentera MotoGP Honda 'Pinjam' Kit Aero KTM, Ducati?

Jentera MotoGP Honda 'Pinjam' Kit Aero KTM, Ducati?

August 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA nampaknya ada pakej kit aero terbaharu untuk jentera MotoGP berikutan pendedahan satu klip video dikongsi Stefan Bradl dalam Instagram Story yang dirakam dalam ujian persendirian.

Apa yang menarik, pakej kit aero itu nampak seperti komponen digunakan barisan pelumba KTM dan Ducati. Mungkinkah Honda akan menggunakan pakej terbaharu itu untuk musim 2024 atau musim ini?

Honda sebenarnya masih boleh membuat satu kali penukaran fairing sekali untuk MotoGP 2023.

Pakej itu sedikit sebanyak akan mengubah rekabentuk Honda yang mana pasukan itu kini sedang berusaha mengenakan fairing efek-bawah dengan winglet ke belakang. Sama seperti Ducati dan KTM.

Adakah itu solusi diperlukan ayam tambatan Marc Marquez? Mungkin tidak kerana Honda cuma memasang pakej aerodinamik baharu pada jentera, bukan menyatukan kit tersebut dalam jentera. Maksudnya, ia dipasang sambil mengharapkan teknik itu akan berjaya.

Ini berbeza cara KTM dan Ducati yang membentuk pakej tersebut dengan disatukan untuk berfungsi dengan enjin. Bagaimanapun, masalah terbesar Honda ialah trenkuasa, manakala sistem elektronik dan respons enjin dikatakan terlalu agresif.

Pemasangan kit aerodinamik baharu mungkin tidak membantu menyelesaikan masalah Honda. Ini kerana MotoGP hari ini sudah terlampau moden. Pendekatan cuba lakukan Honda mungkin lebih sesuai jika bersaing dalam MotoGP 2016, 2017 dan 2018.

Sebaliknya MotoGP moden menyaksikan tiga aspek saling berkait satu sama lain seperti pakej aero, trenkuasa dan peranti ride-height selain syarat aspek lain.

Jika Honda ada penyelesaian trenkuasa, pakej aero itu mungkin menjadikan pelumba mereka kembali kompetitif. Sebaliknya jika hanya meniru gaya KTM dan Ducati tanpa menambah baik teras jentera (enjin), bolehkah mendatangkan hasil?

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda HRC MotoGP, Instagram Story, Marc Marquez, MotoGP 2023, roda2, Stefan Bradl, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my