• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Indonesia Tahan Lori Angkut 8 Skuter Curi, Jumpa 10 Lagi Motor Curi

Polis Indonesia Tahan Lori Angkut 8 Skuter Curi, Jumpa 10 Lagi Motor Curi

August 1, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Indonesia menahan enam suspek pencuri berikutan penahanan sebuah lori membawa sejumlah skuter Honda yang dilaporkan hilang di Tambora, Jakarta Barat, Indonesia.

Semua suspek ditahan bersama sebuah lori yang sedang membawa muatan lapan skuter curi pada awal pagi Sabtu lalu. Berikut  kronologi kes:

Sebuah lori dengan muatan skuter curi ditahan pada Sabtu, 29 Julai lalu di Plaza Tol Cikupa kira-kira jam 2 pagi selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Pemandu lori cuba melarikan diri ketika dihampiri polis. Polis bertindak menahan lori di Pintu Tol Cikupa dan menemui sembilan skuter disorok bawah kain guni, tilam, almari, kerusi dan baldi.

Skuter Honda Yamaha Curi Indonesia - 7
Skuter Honda Yamaha Curi Indonesia - 4

Pemandu lori menunjukkan sijil pendaftaran semua skuter yang dibawa dalam lori, tetapi semakan polis mendapati maklumat tidak tepat mengikut pangkalan pendaftaran kenderaan.

Polis mengesyaki sesuatu apabila mendapati slot kunci beberapa skuter rosak, dan mengarahkan lori dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut. Semakan mendapati lapan skuter disyaki dicuri.

Maklumat diberikan pemandu dan kelindan lori membawa kepada tangkapan tiga pencuri motosikal. Pembeli skuter curi pula ditahan di Bogor.

Polis percaya kumpulan itu terdiri daripada 13 ahli dengan enam suspek sudah ditangkap, manakala tujuh lain masih diburu.

Siasatan lanjut membawa kepada penemuan 10 lagi skuter curi yang sepatutnya dihantar kepada pembeli secara berperingkat.

Skuter Honda Yamaha Curi Indonesia - 4
Skuter Honda Yamaha Curi Indonesia - 2
Skuter Honda Yamaha Curi Indonesia - 6
Skuter Honda Yamaha Curi Indonesia - 5
Skuter Honda Yamaha Curi Indonesia - 1
Skuter Honda Yamaha Curi Indonesia - 7
lori curi motor

SUMBER: Tempo | GridOto

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Curi skuter, Honda BeAT, Honda Vario, Indonesia, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev