• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harley-Davidson India Tutup Sementara Ambil Tempahan X440?

Harley-Davidson India Tutup Sementara Ambil Tempahan X440?

August 1, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HARLEY-Davidson India akan menutup pengambilan tempahan roadster terkecil jenama itu, Harley Davidson X440 bermula 3 Ogos ini.

Punca di sebalik penutupan sementara itu masih belum diketahui, tetapi dipercayai disebabkan penerimaan pratempahan luar biasa selepas debut di pasaran.

Sebelum ini, Harley-Davidson X440 dilaporkan mencatat tempahan luar biasa di India selepas pencabarnya, Triumph mengumumkan rekod lebih 10,000 tempahan untuk model Speed 400 dan Scrambler 400 X di negara sama.

Apapun, notis iklan Harley-Davidson India mengenai penutupan tempahan itu dikatakan mengelirukan dengan paparan mesej seperti berikut:

Tempahan untuk harga pengenalan akan tamat pada 3 Ogos. Tempah sekarang dan dapatkan X440 anda pada harga permulaan 229,000 rupee (RM12,560)."

Perkongsian imej kedua (foto atas kanan) di media sosial pula menyampaikan mesej lebih jelas dengan pengumuman berikut:

Masa sudah tiba. Tempahan ditutup pada 3 Ogos."

Harley-Davidson X440 ialah produk kerjasama Harley-Davidson dan Hero MotoCorp (Hero). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hero, Niranjan Gupta dipetik Financial Express berkata;

Amat menyentuh hati melihat peningkatan pertanyaan dan tempahan untuk Harley-Davidson X440. Jumlah kini melepasi jangkaan kami dan kami sudah sampai ke peringkat membuat keputusan untuk menutup saluran tempahan atas talian untuk sementara.

"Pada masa kami membuat persediaan pengeluaran dan penghantaran Harley-Davidson X440, kami yakin untuk menawarkan pengalaman tunggangan luar biasa kepada pelanggan dengan model terbaik dalam kelas iaitu kuasa, prestasi dan nilai."

Setakat kini, Niranjan dan CEO Harley-Davidson, Jochen Zeitz cuma memuji sambutan luar biasa pratempahan model itu, tetapi tidak pula menyatakan jumlah tempahan diterima.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Harley Davidson X440, Harley-Davidson India, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my