• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Z NISMO (2024) Didedahkan dengan Enjin V6 3.0L Turbo Berkuasa 420hp, Tork 384Nm

Nissan Z NISMO (2024) Didedahkan dengan Enjin V6 3.0L Turbo Berkuasa 420hp, Tork 384Nm

August 1, 2023 By Sharil Leave a Comment

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automotif Jepun, Nissan mendedahkan spesifikasi rasmi Nissan Z NISMO (2024) serba baharu yang lebih mesra litar untuk jualan pasaran Amerika Syarikat (AS).

Memandangkan model ini hanya akan dijual bermula September depan, harga masih kekal misteri.

Dari segi prestasi, Nissan Z NISMO (2024) menerima naik taraf kuasa daripada enjin V6 3.0L turbo kembar baharu yang menghasilkan output kuasa 418hp @ 6,400rpm, dan tork 384Nm @ 2,000-5,200rpm, berbanding 320hp dan 350Nm.

Bagaimanapun, jentera trek ini tidak lagi ditawarkan dalam transmisi manual, sebaliknya hanya transmisi automatik 9-kelajuan NISMO dengan pedal syif.

Cakera brek kini lebih besar, bersaiz 380mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan cakera brek 355mm dengan kaliper 2-piston di belakang.

Sistem suspensi menerima unit absorber NISMO ditala khas yang didatangkan dengan tambahan braket casis depan dan belakang untuk rigiditi lebih baik.

Gaya luaran menampilkan aksen merah pada bampar depan, skirt sisi dan bampar belakang.

Rupa depan menampilkan 'G Nose' yang serupa dengan model ikonik Nissan Fairlady 240ZG. Bampar depan juga direka semula untuk memberikan lebih daya mendap (downforce), termasuk menambah baik faktor aerodinamik.

Berbeza model standard, Nissan Z NISMO (2024) mengetengahkan rekaan bilah Katana atas garis tingkap kereta dengan mewujudkan kontras pada bumbung hitam.

Ia juga mendapat rim aloi aluminium Rays 19 inci hitam berkilat dengan tayar Dunlop SP Sport Maxx GT600. Ada juga spoiler lebih tinggi dan lebar yang memanjang hingga fender belakang.

Nissan turut merekabentuk semula sudut bampar belakang untuk aerodinamik lebih optimum yang mengambil ilham Nissan GT-R NISMO yang pernah didedahkan awal tahun ini.

Ruang kabin pula dilengkapi:

  • Kerusi Recaro merah dengan sulaman NISMO.
  • butang tekan mula (push-start) merah.
  • Kluster instrumen TFT digital.
  • Stereng kulit dengan kemasan alcantara.
  • Sistem audio Bose dengan 8 pembesar suara.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay, dan Android Auto
  • Ciri kawalan dan pengecaman suara Amazon Alexa
  • Aplikasi pintar NissanConnect.

Nissan Z NISMO (2024) dijadualkan mula dijual di AS menjelang September ke atas dan harga bakal menyusul kemudian. Jika masuk ke Malaysia, kemungkinan kita akan dapat menatap kelibat model ini pada 2024.

BACA >>> Orang Kuat NISMO Kongsi Cerita Tentang Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune
BACA >>> Jepun Lancar 8 Varian Nissan GT-R (2023), Termasuk Versi NISMO

Related

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: AS, Nismo, Nissan, Nissan North America, Nissan USA, Nissan Z, Nissan Z NISMO (2024), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my