JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat hebahan panggilan balik 2,437 unit motosikal kelas 250cc membabitkan jenama Yamaha dan Honda. Ini adalah pengumuman kedua JPJ selepas membantu membuat hebahan pertama pada April lalu.
Panggilan balik motosikal Yamaha membabitkan model MT-25 dan R25, manakala Honda hanya melibatkan model CB250R. Berikut perincian model terlibat:
Kempen panggil balik produk Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) itu merangkumi 2,405 unit motosikal keluaran antara September 2022 dan Mac 2023. Panggilan dibuat untuk pemeriksaan hos brek. Anda boleh semak status motosikal di sini.
Bagaimanapun, hanya 32 unit motosikal keluaran Boon Siew Honda (BSH) terlibat dalam kempen pangil balik itu bagi menukar ganti kulit kotak engkol (cranckcase) kanan yang mungkin menyebabkan kebocoran minyak. Perincian boleh dirujuk di sini.
KENAPA JPJ BUAT PANGGIL BALIK?
JPJ menjelaskan ada pihak pengeluar kenderaan berdepan kesukaran menghubungi pemilik motosikal terjejas untuk kempen panggil balik (product recall). Ini berpunca kerana pemilik tidak mengemas kini maklumat terkini.
Ada juga pemilik kenderaan yang dipanggil balik dalam kempen ini sudah bertukar hak milik tanpa pemilik baharu mengemas kini maklumat peribadi.
Ahmad Shuhaimi bin Mohd Amran says
Nasib baik aku pakai CBR 250rr 😅