• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW G 310 R (2024) Perkenal Warna Baharu di India, Harga RM15.6k!

BMW G 310 R (2024) Perkenal Warna Baharu di India, Harga RM15.6k!

July 31, 2023 By Han Othman Leave a Comment

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN BMW G 310 RR (2024), BMW Motorrad India turut memperkenal skema warna baharu untuk roadster BMW G 310 R (2024), iaitu Passion (hitam-merah) dengan aksen merah pada subfrem dan grafik dengan sedikit sentuhan perak dan latar badan hitam.

Warna baharu itu akan dijual bersama pilihan warna sedia ada, terdiri daripada Triple Black, Passion, dan Sport yang mana perubahan visual tersebut terhad kepada naik taraf warna.

Sementara itu, rekabentuk  BMW G 310 R (2024) kekal sama seperti lampu utama pod-tunggal dengan kowl warna badan, tangki minyak maskular, pelindung radiator, kowl enjin, pelana bertingkat, ekzos rentang sisi, dan rim aloi 5 jejari.

Komponen dan ciri juga tidak berubah seperti fork terbalik (USD) 41mm di depan dan monoshock boleh laras prabeban di belakang. Kelajuan maksimum 143kmj.

Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal 300mm di depan dan brek cakera 240mm di belakang berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Trenkuasa pula dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 313cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 34hp @ 9,250rpm dan tork 28Nm @ 7,500rpm. Model baharu ini juga patuh standard emisi Euro5 dan syarat bahan api E20.

Harga BMW G 310 R (2024) bermula 285,000 rupee (RM15,620).

Di pasaran India, pesaing BMW G 310 R (2024) dalam segmen sama ialah  KTM 390 Duke dan Honda CB300R.

BACA >>> BMW G 310 RR (2024) Tambah Warna Baharu di India, Harga RM16.5k
BACA >>> Malaysia Lancar Tiga Varian BMW G 310 GS, dan G 310 GR, Harga Mula RM27.5k

Related

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BMW G 310 R (2024), Motorrad India, roadster, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my