• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Indonesia Bakal Perkenal Skim Sewa Bateri untuk Motosikal EV

Kerajaan Indonesia Bakal Perkenal Skim Sewa Bateri untuk Motosikal EV

July 31, 2023 By Shawkath Leave a Comment

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Indonesia
bakal memperkenalkan skim sewa bateri kenderaan elektrik (EV) dalam masa terdekat sebagai antara pendekatan membantu mempercepat penerimaan orang ramai terhadap EV.

Sebelum ini, negara jiran itu menawarkan insentif kepada pengguna untuk beralih daripada penggunaan motosikal berasaskan petrol kepada trenkuasa elektrik.

Indonesia juga menggalakkan pemilik motosikal konvensional melakukan konversi kepada trenkuasa elektrik. Bagaimanapun, cara itu membabitkan kos tinggi, dan juga kurang popular dalam kalangan penunggang republik itu.

Langkah tawaran sewa pek bateri dikatakan antara pendekatan jimat kos dan skim tersebut didapati boleh menjimatkan belanja hingga Rp8 juta (RM2,390).

Jika diambil kira subsidi Kerajaan sebanyak Rp7 juta (RM2,090) sebelum ini, setiap pengguna yang melakukan konversi petrol-elektrik cuma perlu mengeluarkan belanja Rp2 juta (RM595).

Ketua Pusat Penyelidikan dan Ujian Elektrik, Baharu, Tenaga Diperbaharui dan Penjimatan Tenaga (BBSP KEBTKE), Senda Hurmuzan Kanam (foto atas) berkata, skim sewa bateri sudah dilaksanakan di Bali.

Beliau berkata;

Daripada kos konversi Rp15 juta (RM4,47o), sebanyak Rp7 juta dibantu Kerajaan dengan baki cuma Rp8 juta (RM2,390). Komponen paling besar ialah bateri, iaitu sekitar Rp7 juta hingga Rp8 juta."

Dengan kemudahan tukar bateri, penunggang tidak perlu membayar Rp8 juta.

Beza mungkin Rp1 juta (RM300) hingga Rp2 juta (RM600) kerana bateri dibekalkan secara tukar ganti dari bengkel yang menjadi operator tukar bateri."

Mengulas lebih lanjut, Senda menjangka kos sewa bateri adalah kira-kira Rp300,000 (RM89.50) sebulan atau Rp10,000 (RM3) sehari. Malah kaedah berkenaan tidak memerlukan pengguna membayar kos penggunaan elektrik.

Wakil syarikat pembekal kemudahan bateri tukar-ganti, Electric Wheel, Angga berkata, ada 22 operator bateri untuk tukar ganti di Pulau Bali. Antaranya swap.id, Oyika, Alfamart, Coco Mart, Plaza Renon dan Circle K.

SUMBER: Liputan 6

Related

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Angga, Auto Terkini, bateri EV, Hurmuzan Kanam, Indonesia, motosikal EV, roda2, skuter elektrik, Swap Bateri Motor Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my