HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan skuter maksi Yamaha X-Max 250 (2023) serba baharu yang menerima perubahan kosmetik dan penambahan beberapa ciri moden untuk manfaat penunggang.
Skuter maksi suku liter itu ditawarkan pada harga jualan asas RM23,998, tidak termasuk insurans dan pendaftaran dalam dua pilihan warna: Icon Blue (biru) dan Max Silver (perak). Berikut perincian Yamaha X-Max 250 (2023):
- Tampil dengan imej lebih segar menerusi penggunaan fairing baharu dengan padanan set lampu utama dan belakang berkonsepkan huruf X.
- Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu brek dan lampu signal membelok. Lampu signal depan diposisikan lebih sama tinggi dengan bar hendal.
- Visor angin depan tidak boleh laras jenis jernih.
- Dilengkapi dua kluster meter terpisah, iaitu panel meter digital latar hitam di kluster atas dan panel meter TFT berwarna 4.2 inci di bawah.
- Panel meter atas memaparkan maklumat spidometer, jarak tungganga dan odometer dalam paparan digital.
- Panel meter kedua dilengkapi sistem navigasi GPS Garmin dan sambungan aplikasi Yamaha Y-Connect menggunakan sambungan Bluetooth telefon pintar.
- Butang sebelah kiri hendal boleh digunakan untuk mengubah tetapan seperti menyah aktif Sistem Kawalan Traksi (TCS), membuat padanan sambungan Bluetooth dengan telefon pintar, paparan meter dan lain-lain.
- Bagaimanapun, penunggang perlu memuat turun dua aplikasi, iaitu Y-Connect dan Garmin StreetCross secara berasingan ke dalam telefon pintar untuk memaksimum manfaat penggunaan.
- Yamaha X-Max 250 (2023) serba baharu ini cuma menyediakan soket 12V dan tiada port USB untuk mengecas terus telefon pintar.
- Enjin dan sistem transmisi dipinjam daripada model generasi terdahulu, jenis 4-lejang 4-injap silinder tunggal 249.8cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang menawarkan output kuasa 22.5hp @ 7,000rpm dan tork 24.3Nm @ 5,500rpm.
- Sistem transmisi automatik V-Belt.
- Sistem suspensi fork teleskopik konvensional di depan dan dwi-absorber di belakang.
- Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Rim aloi 15 inci dengan tayar 120/70 di depan, dan rim 14 inci dengan tayar 140/70 (belakang).
- Berat 181kg, manakala kapasiti tangki minyak 13 liter.
Anon says
"Rim aloi 15 inci dengan tayar 120/70 di depan, dan rim 14 inci dengan tayar 140/70 (belakang)."
Biar betul?!...
Kenapa rim belakang dia 14 inci sedangkan rim depan 15 inci?!...
Typo ke apa ni?!...
Azhan O says
Memang ada motor rim belakang kecik dan rim depa. Besar
Azhan O says
Memang ada motor rim belakang kecik dan rim depa besar
Azhan O says
Memang ada motor rim belakang kecik dan rim depan besar