• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Rentung dalam Almera Terbakar di Lot Parkir Kuantan

Lelaki Rentung dalam Almera Terbakar di Lot Parkir Kuantan

July 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki ditemui rentung dalam kereta jenis Nissan Almera yang terbakar di kawasan lot parkir Jalan Putra Square 7, Sri Dagangan di Kuantan, Pahang, awal pagi tadi.

Mayat mangsa di kerusi pemandu ditemui dengan kesan terbakar, dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah.

lelaki-rentung-dalam-almera-terbakar-pahang-1
lelaki-rentung-dalam-almera-terbakar-pahang-3

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kes dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi yang diklasifikasikan mati mengejut.

Mayat mangsa ditemui di tempat duduk pemandu dalam keadaan terbaring dengan kerusi direbahkan.

Ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan 80 peratus terbakar, manakala kereta jenis Nissan Almera yang digunakan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan namun setakat ini tidak melibatkan unsur jenayah.”

Siasatan mendapati kereta yang musnah terbakar itu didaftarkan atas nama rakan mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan jam 6.58 pagi.

Seramai tujuh anggota bomba termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran tersebut.

Ketika tiba di lokasi mendapati terdapat mangsa dalam kenderaan itu. Kerja-kerja pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran hos saluran bantu mula air dari tangki jentera," kata Zulfadli

Menurutnya lagi, kebakaran dipadamkan dan kereta berkenaan musnah terbakar hampir 90 peratus serta mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

SUMBER: Sinar Harian | Sinar Harian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kereta Terbakar, Nissan Almera, Wan Mohd Zahari Wan Busu, Zulfadli Zakaria

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev