• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Cekup Geng Lekir, Shafiq Samun Orang Awam di Pahang

Polis Cekup Geng Lekir, Shafiq Samun Orang Awam di Pahang

July 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS merampas tiga kenderaan dipercayai digunakan dua kumpulan penjenayah untuk melakukan jenayah samun sekitar Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Berdasarkan laporan, dua kumpulan itu ialah Geng Lekir dan Geng Shafiq dengan empat ahli dicekup antara 21 Julai dan 25 Julai lalu.

Penangkapan dua geng tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

GENG LEKIR

  • Melibatkan dua lelaki tempatan berumur 31 dan 39 tahun ditahan pada 21 dan 24 Julai lalu.
  • Ada tiga laporan kes samun diterima polis yang mensasarkan warga asing sebagai mangsa di kawasan Gebeng dan bandar Kuantan.
  • Dua lelaki berkenaan menggunakan Proton Waja dan Proton Satria Neo untuk melakukan samun.
  • Jumlah kerugian tiga kes itu berjumlah RM5,000 melibatkan telefon bimbit, dokumen dan wang tunai.

Bertindak atas maklumat, seorang lelaki ditahan di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada jam 10 pagi 21 Julai lalu.

"Hasil pemeriksaan, dua kereta iaitu Waja dan Satria Neo serta dua pisau, beg silang dan beg pinggang dirampas. Susulan tangkapan itu, rakan lelaki terbabit ditahan di Kampung Seri Damai pada jam 9.50 pagi, 24 Julai lalu.

"Siasatan mendapati seorang daripadanya mempunyai empat rekod jenayah dan kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sehingga 28 Julai ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkumpulan dan menggunakan senjata," kata Wan Mohd Zahari

GENG SHAFIQ

  • Melibatkan dua lelaki tempatan berumur lingkungan 20-an.
  • Masing-masing ditahan di kawasan Pulau Manis dan Paloh Hinai di Pekan pada 25 Julai lalu.
  • Tangkapan dibuat berdasarkan laporan seorang lelaki warga emas berumur 60 tahun yang mendakwa disamun dengan kerugian RM6,000 di sebuah kedai di Kampung Baru, Gambang, 22 Julai lalu.
  • Dua suspek melakukan jenayah tersebut dengan menaiki kapcai jenis Yamaha Y15ZR dan meragut beg pinggang mangsa.
  • Mangsa menerima empat jahitan di kepala akibat terjatuh ketika bergelut dengan suspek.

Hasil ujian saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif metamfetamin dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

"Mereka ditahan reman di bawah Seksyen 117 KPJ hingga 1 Ogos ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," kata Wan Mohd Zahari lagi.

SUMBER: Polis Kuantan | Harian Metro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kes samun, Polis Kuantan, Samun Proton, Samun Yamaha, Wan Mohd Zahari Wan Busu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my