SUZUKI Motor Company melancarkan model edisi khas Suzuki GSX-8S SERT Edition (2023) untuk pasaran Perancis.
Varian baharu yang bakal memberikan saingan sengit kepada KTM 890 Duke itu mendapat liveri khas pasukan lumba Suzuki Endurance Racing Team sempena meraikan kejayaan pengeluar itu dalam Kejuaraan Dunia Enduran (EWC).
Perubahan visual membabitkan pakej grafik kustom dengan liveri unik seperti skema badan hitam dengan grafik merah, putih dan biru yang dapat dilihat pada kowl lampu utama, tangki minyak, kowl enjin dan fairing belakang.
Varian spesial ini juga mendapat aksesori tambahan seperti pad tangki, visor angin dan kit ekor diperkemas supaya berbeza dengan model standard.
Sementera itu, gaya masih mirip model standard seperti ergonomik tegak, lampu utama pod kembar yang mengapit lampu siang (DRL) kembar, lampu signal belok LED slik, bar hendal rata, pelana terpisah dan ekzos kompak.
Spesifikasi dan ciri juga sama seperti GSX-8S standard, iaitu dijana enjin 4-lajang dwi-silinder sebaris Parallel-Twin 776cc penyejukan cecair dengan rekabentuk aci engkol 270º yang menghasilkan output kuasa 81.8bhp @ 8,500rpm,dan tork 78Nm @ 6,800rpm.
Sistem transmisi manual 6-kelajuan. Kapasiti tangki minyak 14 liter menawarkan penggunaan petrol 23.8km per liter yang mampu menggerakkan naked bike middleweight ini sejauh lebih 300km.
Varian edisi khas SERT Edition ini boleh dibeli dengan pakej bermula €899 (RM4,520), ditambah kepada harga model standard €8,899 (RM44,785)
Tidak dapat dipastikan model ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Bagaimanapun, model standard Suzuki GSX-8S memang sudah sedia boleh dibeli di pengedar Suzuki seluruh negara pada harga RM50,800.
BACA >>> Suzuki GSX-8S (2023) Versi CBU Tiba di Malaysia, Harga RM50.8k!
BACA >>> Suzuki GSX-8R Kini Sedang dalam Pembikinan?
SUMBER: BikeWale | RideApart | SuzukiFrance
Leave a Reply