• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli TRK 502 (2023) Kemas Kini Warna Baharu di India, Harga RM32.4k

Benelli TRK 502 (2023) Kemas Kini Warna Baharu di India, Harga RM32.4k

July 26, 2023 By Aryon Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI India mengemas kini warna untuk model adventure tourer middleweight Benelli TRK 502 (2023) yang kini didatangkan dalam empat pilihan warna, kelabu gelap (baharu), putih, hitam dan hijau (baharu).

Pada masa sama, tawaran merah tidak diteruskan dalam senarai warna sedia ada.

Perubahan Benelli TRK 502 (2023) hanya membabitkan skema warna, manakala aspek luaran dan teknikal kekal sama seperti lampu utama, semi fairing, visor angin tinggi, pelana terpisah, rim aloi 17 inci dan ekzos pendek.

Spesifikasi mekanikal dijana enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris Parallel-Twin 500cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI) dan transmisi manual 6-kelajuan yang menghasilkan output kuasa 46.8hp a@t 8,500rpm dan tork 46Nm @ 6,000rpm.

Dibina berasaskan casis trellis keluli-tiub, model ini menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock hidraulik prebeban boleh laras dan boleh lantun (rebound) di belakang, manakala sistem brek jenis brek dwi-cakera 320mm di depan dan cakera tunggal 260mm di belakang.

Bahagian roda dipasang rim 17 inci dengan tayar 120/70Z R17 (depan), dan 160/60Z R17 (belakang).

Kapasiti tangki minyak 20 liter, tinggi pelana 800mm, dan jarak tinggi bumi 190mm, manakala berat kerb 233kg.

Selain warna, Benelli India turut mengemas kini harga yang kini dijual pada harga 585,000 rupee (RM32,470) lebih mahal 25,000 rupee (RM1,390) daripada model terdahulu.

Related

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure tourer, Benelli India, Benelli TRK 502 (2023), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my