• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Godam Kereta untuk Main Game Lumba Mario Kart 64

#Videotomotif: Godam Kereta untuk Main Game Lumba Mario Kart 64

March 27, 2017 By Han Othman 1 Comment

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI fanatik permainan video atau gamer, menggunakan kayu bidik atau peranti tangan biasa, mungkin sudah terlalu klise dan membosankan.Tidak hairanlah ramai gamer mula beralih mencari keseronokan yang lebih mengujakan, misalnya bermain game perlumbaan menggunakan kereta sebenar seperti dilakukan pemilik YouTube di bawah ini, Gordon Hlavenka.

Hlavenka sanggup menukarkan kereta sebenar menjadi konsol game semata-mata untuk mendapatkan kelainan bermain. Lucunya, bukan game simulasi 3D yang digodam lelaki ini seperti Need For Speed atau Grand Turismo, tetapi Mario Kart 64, game lumba klasik popular zaman 90-an. 😛

BACA >>> Godam Game Supaya Boleh Main Sambil Memandu Porsche - Bijak, Tapi...

GABUNG GAME LAMA DENGAN GAYA BARU


Hlavenka, yang memuat naik rakaman video game itu berkata, anak lelakinya, Dan dan dua rakannya, Adam Ringwood dan JP Smith menggunakan kereta hibrid miliknya, Chevrolet Volt sebagai asas untuk menggabungkan game lumba klasik dengan kenderaan moden.

Trio anaknya itu, yang mahu dikenali sebagai Catch Me If You CAN (get it?) mendakwa hasil godaman mereka itu sebagai simulator pemanduan kereta yang paling realistik pernah dihasilkan. Ketiga-tiga mereka bukan calang-calang gamer, tetapi pernah memenangi pelbagai trofi kemenangan seperti pertandingan HackIllinois 2016 anjuran Universiti Illinois yang membabitkan penyertaan jurutera komputer dan penggodam (hackers).

BUKAN MODEL CHEVROLET SAJA

Produk akhir ini nampak seperti memerlukan banyak proses memerah otak untuk mendapatkan hasil yang diinginkan seperti berikut:

Tiga gamer itu menyambungkan komputer-mini Raspberry Pi kepada port OBD2 kereta bagi membolehkan komputer riba membaca signal CAN BUS daripada stereng, terotel dan sensor brek kereta. Jadi, apabila komputer riba dipasang pada kereta dengan memainkan game Mario Kart 64, Chevrolet Volt itu langsung menjadi peranti pengawal utama game tersebut. Misalnya, menggunakan lampu depan dan suis bilah pengelap untuk mengawal pendesak kelajuan dan lontaran senjata dalam game Mario Kart 64.

Lebih unik, semua kereta moden yang siap terbina dengan sensor kawalan boleh dikonfigurasikan sebagai alat kawalan game. Misalnya, kit permainan Mario Kart 664 ini dibangunkan menggunakan Honda CR-V, tetapi dimainkan menggunakan Chevy Volt.

Tetapi, ingat, jalan raya di luar sana bukanlah seperti dunia game. Sekali berlanggar, pasti bercucuran air mata.

* Durasi video - 1:58 minit

SUMBER: Road and Tracks

Related

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Catch Me If You CAN (get it?), Chevrolet Volt, game, game lumba kereta, gamer, Gordon Hlavenka, hacker, Mario Kart 64, penggodam, permainan video

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev