• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Alpinestars Malaysia Lancar Siri Sistem Beg Udara Tech-Air, Harga Mula RM2.3k!

Alpinestars Malaysia Lancar Siri Sistem Beg Udara Tech-Air, Harga Mula RM2.3k!

July 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ALPINESTARS Malaysia memperkenalkan tiga produk dalam siri Sistem Beg Udara Tech-Air (Tech-Air Airbag System), iaitu Tech-Air 10, Tech-Air 5 dan Tech-Air 3 ke pasaran tempatan.

Pakaian berasaskan perlindungan sistem beg udara itu menawarkan perlindungan tambahan kepada sut tunggangan untuk penunggang motosikal. Berikut perincian tiga produk tersebut:

1. TECH-AIR 10

  • Tech-Air 10 menawarkan perlindungan untuk bahu, dada, pinggul dan belakang badan.
  • Dikatakan aksesori sut perlindungan beg udara paling komprehensif di pasaran yang sesuai untuk pelumba dan penunggang trek.
  • Dilengkapi 12 sensor (meter pecut dan giroskop) dengan pilihan mod Race dan Street dan pilihan saiz M hingga 2XL.
  • Memiliki pensijilan CE tahap 2 (CE-2) untuk perlindungan dada dan belakang apabila beg udara mengembang penuh.
  • Pelindung belakang badan juga berstatus CE-2.
  • Ada paparan LED wayarles boleh tanggal untuk dipasang pada tangan atau motosikal.
  • Tempoh mengecas Tech-Air 10 ialah 4 jam untuk perlindungan penggunaan 24 jam.
  • Cas  6 jam memberi perlindungan kira-kira sejam.

2. TECH-AIR 5

  • Ada pilihan saiz S hingga 2XL.
  • Sesuai untuk perlumbaan, touring dan tunggangan urban. Ada dua pilihan mod, iaitu Race dan Street.
  • Ada enam sensor, masing-masing tiga meter pecut dan giroskop dengan integrasi AL untuk pemantauan pecutan dan posisi penunggang.
  • Melindungi bahagian bahu, dada, rusuk dan belakang badan.

3. TECH-AIR 3

  • Sistem beg udara akan mengembang sebelum penunggang motosikal menerima impak rempuhan langsung dengan kenderaan atau halangan lain.
  • Boleh dipakai di luar atau dalam baju/jaket, dan sesuai untuk tunggangan harian dan advencer.
  • Memberi perlindungan keseluruhan dada dan belakang badan.
  • Memiliki piawaian CE-2 untuk perlindungan dada dan belakang badan ketika beg udara mengembang.
  • Ada pilihan saiz S hingga 2XL.

HARGA SIRI TECH-AIR

SAMBUNGAN BLUETOOTH

Semua siri Alpinestars Tech-Air dilengkapi sambungan Bluetooth terbina dalam yang membolehkan penunggang memeriksa status operasi, bateri dan perincian peta terus dari telefon pintar.

Bagaimanapun, hanya pengguna Tech-Air 5 dan Tech-Air 10 ada opsyen dua mod tunggang iaitu Race dan Street. Penukaran mod membolehkan perubahan algoritma sensor rempuhan atau perlanggaran.

Ciri ini menjadikan ves keselamatan lebih sesuai untuk tunggangan trek atau jalan raya, mengikut pilihan mod dibuat.

SERVIS TECH-AIR

Pembeli dan pengguna sut keselamatan tambahan Alpinestars Tech-Air boleh mendapatkan servis selepas beg udara mengembang menerusi juruteknik bertauliah Alpinestars di Sinar Puncak Sdn Bhd.

Berikut kos perlu dibayar untuk servis mengikut jenis sut Alpinestars Tech-Air:

Setiap pembelian Tech-Air 10 dan Tech-Air 5 didatangkan dengan perlindungan satu tahun Allianz Bike Warrior bernilai RM20,000.

Alpinestars Tech Air - 1
Alpinestars Tech Air - 2
Alpinestars Tech Air - 3
Alpinestars Tech Air - 4
Alpinestars Tech Air - 5
Alpinestars Tech Air - 6
Alpinestars Tech Air - 7
Alpinestars Tech Air - 8
Alpinestars Tech Air - 9
Alpinestars Tech Air - 10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Alpinestars, Alpinestars Malaysia, Alpinestars Tech-Air Airbag System, Sinar Puncak, Tech-Air 10, Tech-Air 3, Tech-Air 5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev